UMNO tolak sambung MoU dengan pembangkang, Zahid beri isyarat PRU awal

March 11, 2022 · Politik

UMNO tidak bersetuju untuk kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambung sebarang perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Pendirian untuk tidak menyambung MoU tersebut disuarakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia secara tidak langsung memberi bayangan desakan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) awal bakal dihadapi Ismail Sabri.

“Mereka ada masalah dalaman, ertinya mereka tak yakin, ertinya mereka rasa mereka ditolak rakyat.

“Pada hemat saya, jangan beri mereka peluang yang panjang untuk mereka betulkan keadaan, jangan beri peluang yang secukupunya untuk mereka menyusun barisan mereka.

“Rakyat sudah bertukar citarasa, citarasanya adalah kepada BN,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Zahid terdahulu melawat pusat operasi pemilihan MIC di Tampoi, Johor.

Kenyataan Zahid ini senada dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini yang dilihat juga senada apabila berkata tidak kira sama ada menang atau kalah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mereka akan tetap mendesak supaya PRU diawalkan.

Mohamad sebelum ini berkata Ismail Sabri mempunyai kuasa penuh bagi menentukan tarikh PRU untuk diadakan tetapi bagi strategi politik ia perlu disegerakan dengan memberi alasan bagi kestabilan politik negara, hujah yang sama diberikan semasa mengadakan PRN Melaka dan Johor.

“Saya tidak cakap bila tarikhnya. Itu terpulanglah kepada kebijaksanaan PM.

“Tetapi, dari segi strategi politik dan demi ketentuan kestabilan politik negara serta mendapat keabsahan mandat rakyat, PRU perlu diadakan segera. Saya bukan kata yang BN hendak kuasa, tetapi sebab kita (perlu) pulihkan imej Malaysia,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Menurutnya, kerajaan yang sedia ada ditadbir oleh Ismail Sabri ketika ini tidak dipilih melalui pilihan raya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok