UMNO Tampin tolak Khairy

October 20, 2022 · Politik

UMNO Bahagian Tampin mahu anak tempatan diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P133 Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November depan.

Sehubungan itu, UMNO bahagian berkenaan meminta kepimpinan BN membuat pilihan tepat, kerana keputusan itu dibuat atas kesepakatan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu, baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Mohd Esam Mohd Isa berkata 90 peratus ahli peringkat cawangan Tampin tidak mahu orang luar dipilih sebagai calon Parlimen Tampin pada PRU-15 ini.

“Mereka berpendapat ramai lagi pemimpin berwibawa di Tampin ini untuk dipilih sebagai calon. Kita ada (Datuk Seri) Shaziman (Abu Mansor), ada ketua bahagian (yang boleh dipilih sebagai calon).

“Ketika persidangan perwakilan bahagian baru-baru ini, sebulat suara menolak orang luar sebagai calon Parlimen Tampin,” katanya menurut BH hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dicalonkan bertanding di Parlimen Tampin.

Khairy yang juga penyandang Parlimen Rembau terpaksa memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk bertanding di kerusi itu.

Mohd Esam menegaskan, Shaziman, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian adalah beberapa nama yang disenaraikan sebagai calon dan dihantar kepada pucuk pimpinan BN.

“Selain Shaziman, terdapat beberapa nama lain termasuk ketua UMNO bahagian yang turut disenaraikan. Kita berharap pucuk pimpinan dapat dengar dan faham kehendak akar umbi,” katanya.

Pada PRU-14, Shaziman yang juga penyandang kerusi Parlimen Tampin sejak empat penggal sebelum itu, tewas kepada calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Hasan Baharom dengan majoriti 1,002 undi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023
PH buat kesilapan, geng pembodek Anwar boleh jatuhkan PKR: Rafizi
March 25, 2022
Bekas MB Pahang akui kata UMNO ‘sudah hendak bungkus’: Laporan
August 17, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok