Mana wang RM114 juta, takkan Najib-Zahid bahagi berdua saja?

August 6, 2021 · Politik

Susulan pendedahan status terbaharu wang sitaan RM114 juta, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mempersoalkan mengapa wang tersebut dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak dituntut parti tersebut, malah ramai pemimpin dalam parti tidak mengetahui berkenaan wang tersebut sudah dipulangkan.

Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sepatutnya wang tersebut dituntut UMNO memandangkan Najib sebelum ini mendakwa ianya milik parti tetapi wang tersebut dijumpai di kediamannya, malah semasa perbicaraan kes tersebut juga beliau mendakwa ia adalah milik parti.

“Kenapa UMNO tidak minta duit itu? Adakah ada perancangan antara Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Najib untuk bahagi-bahagikan duit itu?

“Duit UMNO ini banyak hilang, jual Media Prima berapa jumlahnya? Jual Utusan berapa jumlahnya? Mana duit KUB?” kata beliau kepada Agenda Daily.

Ahli Parlimen Padang Besar itu juga mendesak penjelasan berhubung baki wang UMNO tersebut jika ia menjadi milik parti, ia memandangkan di peringkat bahagian hanya sebanyak RM20,000 ribu sahaja diterima setakat ini.

“Bahagian cuma dapat RM20,000, mana yang lain? Kenapa UMNO tidak minta?” soal beliau.

Semalam Agenda Daily mendedahkan Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin mengesahkan yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada Najib.

Tambahnya lagi, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.

“(Aset) telah diserahkan kepada Najib melalui wakil kerana pihak pemohon (pendakwaan) tidak memfailkan rayuan,” katanya lapor Astro Awani.

Pada Mei lalu, Muhammad Jamil menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences yang terletak di ibu negara pada 17 Mei 2018.

Sebelum ini, Najib menjelaskan walaupun sudah menang kes sitaan wang RM114 juta tersebut, wang tersebut masih belum dikembalikan dan sekiranya dikembalikan selepas ini ia terpulang untuknya berbelanja wang tersebut sesuka hati.

Untuk rekod, Najib dan UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status wang tersebut.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok