‘UMNO tak takut adakan pemilihan’

July 11, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan parti itu takut untuk mengadakan pemilihan, sambil berkata buat masa ini ia memberi tumpuan kepada usaha mengukuh dan menjalin hubungan lebih erat dalam kalangan ahlinya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata jika pemilihan dalaman diadakan sekarang, sesetengah calon boleh kehilangan jawatan mereka.

Ini, katanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan ahli UMNO sehingga menjejaskan peluang parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Memetik Utusan beliau dilaporkan berkata walaupun UMNO mahu meneruskannya, tumpuan pemilihan parti bukanlah kepada 56 kerusi Majlis Tertinggi (MT) sahaja, sebaliknya 191 bahagian Pemuda dan Wanita serta 21,156 cawangan UMNO di seluruh negara.

“Dengan mengambil kira semua faktor ini, UMNO tidak mahu mengadakan pemilihan parti yang boleh menyebabkan perpecahan dalaman sebelum PRU-15.

“Jika ini berlaku, orang lain boleh melemahkan UMNO dengan mengambil kesempatan tawaran kerusi dalam parti mereka,” katanya.

Ahmad Maslan menambah sekarang ini 75 peratus Puteri UMNO dan 65 peratus kepimpinan Pemuda masing-masing berumur 35 dan 40 tahun ke atas.

Ini bermakna jika pemilihan parti diteruskan sebelum PRU-15, pemimpin-pemimpin ini perlu melepaskan jawatan mereka lebih awal, katanya lagi.

Pemilihan UMNO pada mulanya dijadualkan diadakan pada 30 Jun 2021 kerana tempoh tiga tahun pemegang jawatan itu akan tamat pada masa itu.

Tetapi parti itu sebelum ini menegaskan bahawa MT telah menangguhkan pengundian secara sah dalam tempoh maksimum 18 bulan yang dibenarkan di bawah perlembagaannya sendiri.

Mengikut undang-undang, UMNO perlu mengadakan pemilihannya menjelang 29 Disember tahun ini.

Namun, pada 15 Mei, Perhimpunan Agung Khas UMNO sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk meminda perlembagaannya, termasuk membenarkanpemilihan diadakan selepas PRU.

Pada masa ini, UMNO sedang menunggu keputusan sama ada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan meluluskan permohonan pindaan perlembagaan itu atau tidak. RoS mempunyai masa sehingga 16 Julai untuk mengumumkan keputusannya.

Sebalum ini, Pensyarah Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Salawati Mat Basir berpendapat UMNO akan menjadi pertubuhan haram jika RoS menolak pindaan perlembagaan itu, termasuk pindaan untuk menangguhkan pemilihan dalamannya sehingga enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau menambah dalam kes ini semua tindakan parti itu akan dianggap tidak sah.

“Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan adalah mengikut peraturan RoS untuk menjadi halal semula,” katanya

Bagaimanapun, seorang lagi pengamal undang-undang Datuk Adnan Seman memberitahu, UMNO masih berpeluang melakukan semakan kehakiman sekiranya RoS tidak meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

“Kalau tidak lulus, UMNO kena buat juga pemilihan sebelum Disember 2022 tetapi mereka masih boleh memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan RoS.

“Tetapi, RoS kena ada sebab munasabah untuk tolak pindaan UMNO kerana mereka meluluskan pindaan perlembagaan MCA dan Gerakan sebelum ini. Jadi sudah ada kes terdahulu dan sudah tentu terpakai kepada parti lain,” katanya.

Berita berkaitan
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
10 jam lalu· Isu semasa
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
11 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
13 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
15 jam lalu· Politik
Popular
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
August 18, 2022
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
August 18, 2022
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
August 18, 2022
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
August 18, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
13 jam lalu · Politik
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
14 jam lalu · Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
16 jam lalu · Politik
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
16 jam lalu · Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok