UMNO tak minat kerjasama di 27 kerusi kritikal: Naib Presiden PAS

October 15, 2022 · Politik

PAS menyalahkan UMNO kerana tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama menghadapi Pakatan Harapan (PH) di 27 kerusi kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sekali gus membuka peluang kemenangan kepada gabungan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan bahawa parti itu telah mengajak Bersatu dan UMNO bekerjasama mengelak pertembungan di 27 kerusi berkenaan namun UMNO tidak mempedulikannya.

Menurutnya semua parti tahu jika berlaku pertembungan maka ia akan memberi ruang kepada PH untuk menang.

“Berdasarkan alasan itu (mengelak PH menang), kami mendesak kerjasama tiga parti, iaitu PAS serta BERSATU di bawah Perikatan Nasional (PN) dan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) bekerjasama untuk mengelak berlaku pertembungan.

“Bagaimanapun, UMNO dilihat tidak kisah pertembungan di 27 ‘kerusi kritikal’ ini,” katanya pada sidamg media selepas menghadiri Karnival Panchor Sejahtera di Kompleks Tarbiah, Panchor, hari ini, menurut BH.

Mohd Amar mengulas laporan berhubung kenyataan seorang pemimpin PAS bahawa Bersatu sudah dimaklumkan supaya tidak berlaku pertembungan di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan UMNO.

Dalam laporan berkenaan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki dipetik sebagai berkata, ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan PH selepas BN dan PN memutuskan untuk tidak bekerjasama pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata apa pun keputusan berhubung 27 kerusi itu sama ada bertanding atau tidak akan di bincang secara musyawarah di peringkat kepimpinan pusat.

“27 kerusi itu jika kita lihat satu persatu pun tidak sama. Ada yang sangat kritikal dan ada yang tidak kritikal. Sekiranya berlaku tiga penjuru pun, suasananya begitu berbeza.

“Pakatan Harapan (PH) pun tidak sama dengan PH yang ada dulu. Dahulu bersama mereka adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi, kekuatan mereka dulu dan sekarang jauh berbeza,” katanya hari ini.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
4 jam lalu· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
September 24, 2023
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok