UMNO tak mampu tawan Selangor, tiada pemimpin boleh bawa kemenangan: Khir Toyo

May 31, 2022 · Politik

Tiada pemimpin yang boleh membawa kemenangan kepada UMNO di Selangor untuk menawan semula negeri tersebut, kata bekas Menteri Besar Se­langor, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Veteran UMNO itu menyindir pemimpin UMNO Selangor yang disifatkannya lemah dan tidak mempunyai strategi untuk menawan hati pengundi di Selangor, ia secara tidak langsung mempertikaikan peranan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Noh Omar sepanjang mengemudi parti itu.

“Maaflah, tetapi saya perlu cakap juga, kita ini tiada pemimpin yang benar-benar boleh bawa Selangor kepada kemenangan. Kalau saya cakap, ada orang marah, tapi inilah hakikatnya,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya, UMNO Selangor tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) apabila gagal mencari alternatif untuk menangani isu-isu dihadapi rakyat negeri itu.

“Patutnya kita kena fikir bagaimana cara nak turunkan kos sara hidup di Selangor yang tinggi hari ini. Tapi kita tidak fikir macam itu, UMNO Selangor tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan PH hari ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Pakatan Rakyat (PR) menang 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Pada PRU-13 pula, PKR, DAP dan PAS terus mengekalkan kuasa di Selangor dengan kemenangan lebih besar apabila memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN, sementara BN hanya meraih 12 kerusi DUN sahaja.

UMNO semakin dipinggirkan pengundi Selangor apabila sekali lagi tewas teruk semasa PRU-14 lalu.

Susulan kekalahan teruk PRU-14, Noh meletak jawatan sebagai Pengerusi UMNO Selangor pada 2018 tetapi kemudiaan dilantik semula pada 2020 bagi menggantikan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Berita berkaitan
Annuar perjelas punca harga barang naik
43 minit lalu· Isu semasa
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
50 minit lalu· Politik
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
57 minit lalu· Isu semasa
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
9 jam lalu· Politik
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
4 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
6 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
11 jam lalu · Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022 · Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok