UMNO tak lagi jadi perhatian penderma dana pilihan raya

September 9, 2022 · Politik

UMNO dijangka menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam situasi bajet yang rendah setelah pengaruhnya dalam landskap politik Malaysia semakin merosot, sekali gus memaksa penderma melindungi nilai pertaruhan mereka dengan membiayai parti lain.

Memetik bakal penderma, akhbar Singapura, Straits Times melaporkan bahawa pembiaya yang menyokong UMNO kini lebih cenderung untuk menyokong beberapa parti lain atas kepercayaan bahawa tiada satu parti pun dijangka memenangi majoriti kerusi dalam PRU-15 akan datang.

“Wang akan pergi kepada kedua-dua pihak (parti selain UMNO) kerana keputusan (PRU-15) sangat tidak menentu,” lapor ST yang memetik kata seorang ketua eksekutif syarikat tersenarai awam Malaysia yang tidak dinamakan yang telah lama bersekutu dengan UMNO.

Ketua eksekutif itu adalah antara beberapa kumpulan syarikat yang berkata mereka kini cenderung untuk membahagikan sebahagian daripada dana politik kepada parti lain, termasuk pembangkang, sebagai lindung nilai kerana mereka menjangkakan kerajaan baharu akan dibentuk secara gabungan pelbagai parti.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa pemimpin UMNO mengakui bahagian dan cawangan parti di seluruh negara bergelut dengan masalah kewangan selepas Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO hilang cengkaman kuasa selama enam dekad pada PRU-14.

“Mengumpul dana pastinya merupakan salah satu cabaran utama bagi kepimpinan parti dan dalam keadaan semasa, pilihan raya akan datang akan menjadi urusan berjimat cermat,” Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed dipetik sebagai berkata.

Parti politik baharu, seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diketuai rata-rata pemimpin belia, juga dilaporkan mendapat perhatian kumpulan perniagaan dan pihak berkepentingan yang ingin bermesra dengan ahli politik yang mereka jangka mempunyai pengaruh pada masa depan, lapor ST.

Menurut laporan itu, sejak 1990-an, susunan parti nasionalis Melayu telah berubah kepada organisasi yang didominasi oleh ahli perniagaan, bukannya penjawat awam dan guru.

Keadaan itu memberikan pemimpin UMNO yang mempunyai kedudukan, terutama presidennya, kuasa bagi mengawal proses penciptaan dana politik yang menyamar sebagai kumpulan perniagaan, seperti 1MDB, yang membiayai aktiviti parti di seluruh negara.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
19 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
22 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
9 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
10 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok