“UMNO tak ikut, itu hal mereka lah”

April 9, 2021 · Politik

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan membiarkan pemimpin UMNO bersendirian jika masih enggan mengikut pelawaan ke arah perpaduan ummah dan menyatakan pendirian parti Islam itu menolak kelompok orang Melayu yang ekstrem.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata sebaliknya maklum balas yang diterima daripada segelintir ahli UMNO mereka menolak perpecahan dan mahu ke arah penyatuan orang Melayu.

“Tapi masalah pimpinan UMNO tak ikut, itu hal mereka lah. Dan difahamkan bukan semua orang UMNO begitu.

“Jadi kita nak menyatukan orang Melayu bukan PAS dengan UMNO saja Melayu, Melayu ini NGO-NGO, NGO individu, dan semua pihak kita kena terima. Kecuali yang ekstrem, Melayu yang ekstrem itu kita tolak,” beliau dipetik berkata.

Jelas Hadi lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk adalah bercorak masyarakat majmuk dimana ia terdiri daripada pelbagai kaum tetapi terasnya adalah orang Melayu-Islam.

“Termasuklah juga masyarakat majmuk, masyarakat majmuk melalui Perikatan Nasional. Perikatan Nasional melibatkan masyarakat majmuk, melibatkan rakan-rakan kita di Malaysia Timur,” katanya lagi.

Katanya, PAS menolak penjajaran baharu yang diusahakan pihak-pihak tertentu sebaliknya mahu terus memperteguhkan hubungan bersama di dalam Muafakat Nasional (MN) dan PN.

Kedua-dua gabungan itu katanya, bukan hanya melibatkan UMNO dan Bersatu tetapi semua kumpulan Melayu-Islam dan Bumiputera termasuk masyarakat majmuk.

Mengenai isu audio suara yang mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan mengulas tetapi menyamakannnya dengan manifesto pilihan raya.

“Masyarakat dapat menilai di mana jika manifesto dijanjikan boleh diremehkan, sudah tentu hal audio itu mereka menganggap lebih kecil dari itu,” katanya.

Hadi mengesahkan PAS dan Bersatu sedang berbincang mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
PRN Johor: Enam calon Bersatu bukan Melayu
February 24, 2022
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok