UMNO tak fikir panjang mahu adakan PRU tahun ini: Hamzah

October 2, 2022 · Politik

UMNO sepatutnya berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya UMNO perlu peka bahawa kerajaan yang ada hari ini bukan diterajui sebuah parti dominan, sebaliknya terdiri daripada pelbagai parti politik.

Untuk rekod Kerajaan Malaysia yang ada hari ini adalah gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) serta beberapa parti dari Sabah serta Sarawak.

“Jadi kena fikir panjanglah. Kadang-kadang UMNO tidak berfikir panjang dan ini masalah. Saya pula fikirkan kepentingan rakyat kerana segala apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat.

“Visi kita adalah untuk memastikan negara kita menjadi antara terbaik di dunia yang mana pelancong dari seluruh dunia datang untuk melawat, tinggal dan memajukan negara ini bersama undang-undang yang dipercayai serta diyakini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas dialog awam Program Kita Demi Negara Siri Kedua Zon Sabah di pekarangan Stadium Likas di Kota Kinabalu, hari ini (2 Oktober 2022).

Hamzah menyifatkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menetapkan PRU-15 perlu diadakan tahun ini sebagai tidak mematuhi peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, menurut BH.

Setiausaha Agung PN itu berkata ini kerana keputusan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 perlu dibuat selepas mendapat pandangan Jemaah Menteri.

Menurutnya walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong berkenaan perkara itu, tetapi beliau perlu mendapatkan pandangan anggota Kabinet terlebih dahulu.

“Apakah itu tujuan dan matlamat mereka? Saya tak tahulah… yang pentingnya dalam Perlembagaan bahawa Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen setelah berbincang dengan anggota Kabinet.

“Apabila sudah sampai waktu untuk kerajaan membubarkan Parlimen, mungkin kerana sudah adanya keperluan untuk rakyat melantik atau mencari kerajaan yang baharu.

“Kalau kerajaan yang ada hari ini baik, sepatutnya diteruskan sehingga tamat tempoh,” katanya

Kelmarin, MT UMNO memutuskan mendesak supaya PRU-15 diadakan tahun ini juga, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberitahu bahawa pilihan raya itu sudah “tidak lama lagi”, tetapi beliau meminta diberi masa untuk menetapkannya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pasa sidang media setelah mesyuarat MT malam kelmarin (30 September 2022) berkata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh PRU-15.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok