UMNO tak bersih walaupun Najib sudah dipenjara, kata Dr Mahathir

September 6, 2022 · Politik

Bekas Presiden UMNO paling lama dalam sejarah politik negara yang kini menjadi pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu tidak lagi bersih walaupun Datuk Seri Najib Razak kini dipenjarakan.

Beliau yang memimpin UMNO selama 22 tahun berkata budaya parti itu sekarang bukan sewaktu ianya ditubuhkan setelah dihancurkan dengan kepercayaan bahawa ‘Cash is King’.

Malah, menurutnya pucuk pimpinan UMNO sekarang terkenal di seluruh dunia sebagai perasuah, pencuri berbilion-bilion duit negara, penyalahgunaan kuasa, perosak pentadbiran negara dan penghancur parti itu sendiri.

“Ini bukan parti UMNO lagi. Sebab itu UMNO perlu dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat kepada prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama.

“Saya, bekas Presiden UMNO dan ahli UMNO di waktu ia ditubuh pada 1946, menyeru supaya parti yang bernama UMNO sekarang ini ditolak sepenuhnya. Saya sedih. Tetapi yang benar saya perlu terima. Parti saya dahulu sudah hancur kerana kepercayaan bahawa “Cash is King”.

“Selama 22 tahun saya memimpin UMNO sebagai Presidennya. Sekarang saya menentang UMNO dan berusaha supaya kerajaan pimpinan UMNO dikalahkan dan UMNO tidak lagi menjadi Kerajaan Malaysia,” kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dalam kenyataan hari ini.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata UMNO sekarang sudah beralih menjadi parti perasuah secara total – dari puncak pimpinan sehingga ke akar umbi.

“Rasuah, sogokan duit dibuat sehingga ahli Majlis Tertinggi, ketua bahagian, ketua cawangan, ahli biasa semua terlibat dengan rasuah tanpa malu. Walaupun ahli boleh singkir pemimpin yang menyeleweng, tetapi mereka tidak guna Perlembagaan UMNO untuk bersihkan parti.

“Sebaliknya mereka teruskan sokongan kuat kepada Presiden yang akhirnya di dapati bersalah dan di penjara.

“Mereka (ahli UMNO) nafi, tetapi rakyat tahu mereka berkongsi duit yang dicuri, duit haram. Ramailah pemimpin UMNO yang memiliki sampai dua billion ringgit. Wakil rakyat, menteri pun biasanya tidak boleh ada duit sebanyak ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata sebab itu kita membaca laporan berkenaan dengan berbillion duit 1MDB hilang, enam billion untuk buat enam buah kapal LCS hilang tanpa satu pun kapal dibina.

Menurutnya Najib telah didedahkan memiliki RM2 bilion di dalam akaun banknya, tetapi mendakwa ia adalah derma daripada Raja Arab Saudi.

Katanya, Peguam Negara yang dipilih Najib tidak menyiasat sepenuhnya punca wang itu tetapi mengisytiharkan bekas Perdana Menteri itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Sebaliknya apabila Najib dibicara, dia didapati bersalah, didenda dua ratus sepuluh million Ringgit, dipenjara 12 tahun.

“Pimpinan dan ahli UMNO menuduh kononnya Najib dianiaya. Konon mahkamah tidak adil. Ini berkenaan seorang yang dibicara selama empat tahun; oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim. Tidak ada kes seperti ini dalam sejarah negara. Semua hakim bersetuju Najib salah.

“Dan semua perlakuan ini diterima, disokong dan dipertahan oleh UMNO. Pendirian dan sikap UMNO menunjuk seluruh parti itu tidak lagi berpegang kepada prinsip perjuangan untuk bangsa, negara dan agama,” katanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
4 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
23 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok