UMNO tak beri respon walaupun sudah dijemput: Takiyuddin

September 3, 2022 · Politik

UMNO tidak memberi sebarang maklum balas walaupun PAS sudah menjemput mereka untuk bersama menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-68, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu mengesahkan sudah membuat jemputan rasmi kepada pimpinan UMNO ke muktamar parti itu, namun jemputan itu tidak mendapat sambutan daripada pemimpin parti tersebut, malahan pemimpin negeri di Kedah juga tidak hadir sama ke majlis tersebut.

“Saya mengesahkan kita jemput pimpinan UMNO, tetapi tiada respon, termasuk UMNO Kedah pun tiada yang hadir,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merasmikan muktamar tersebut hari ini yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Bagaimanapun, pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menghadiri Muktamar Tahunan itu dan duduk sepentas dengan pemimpin utama PAS.

Dalam perkembangan lain, Hadi berkata rundingan dengan UMNO masih berjalan tetapi tidak melibatkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya mengenai sikap yang dinyatakan presiden UMNO berkali-kali sebelum ini yang menolak PAS dalam kerjasama Muafakat Nasional (NM), Hadi berkata, pendirian tersebut adalah hanya pendirian peribadi Zahid semata-mata dan bukan partinya.

Tegasnya, Umno bukan hanya memiliki presiden tetapi juga mempunyai naib-naib presiden, majlis kerja tertinggi, dan bahagian-bahagian.

“Saya anggap itu (bergerak solo dalam PRU ke-15) kenyataan presiden UMNO, bukan ahli-ahli UMNO, bukan akar umbi UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
2 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
2 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
5 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
13 minit lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
51 minit lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
13 jam lalu · Politik
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
13 jam lalu · Politik
PM akan persembah kepada Agong bubar Parlimen tahun ini
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok