UMNO sudah tua: Faiz Na’aman

November 15, 2022 · Politik

Kawasan Parlimen Bagan Datuk yang sudah enam penggal diterajui Barisan Nasional (BN) memerlukan pemimpin baharu untuk mengemudinya, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman

“Kadang-kadang perubahan itu perlu dilakukan oleh pihak luar seperti mana dalam sirah, apabila golongan Muhajirin berhijrah daripada Makkah ke Madinah, buat perubahan jadi sebuah negara Islam dan kerajaan yang berkembang luas.

“Jadi saya mengambil semangat itu, umpamanya saya patut menawarkan prinsip dan dasar untuk berubah ke arah kebaikan kepada Bagan Datuk,” katanya dalam satu temu bual khas bersama FMT.

Menurut calon Paerikatan Nasional Parlimen Bagan Datuk itu, parti seperti UMNO meskipun telah bertapak lebih 60 tahun, namun belum tentu ia semakin kukuh kerana apabila jelas ia mudah rapuh dengan wujudnya pelbagai masalah dalaman.

Justeru, kata Faiz, pengundi perlu berani mencuba pimpinan baharu seperti Perikatan Nasional yang menawarkan perubahan serta penyelesaian, bukan sekadar menabur janji manis.

“Sesuatu yang sebegitu tua dan lama seperti UMNO, akan datangkan masalah. Adakalanya bila sudah terlampau membesar, ia mudah rapuh dan berpecah sesama sendiri.

“Sebolehnya kita memahami dan menghayati apa sebenarnya denyut nadi warga biasa, orang kampung dan orang muda di Bagan Datuk ini, supaya mereka boleh pergi jauh,” katanya.

Bercakap mengenai situasi persaingan dengan calon lain, Faiz mengakui bukan mudah menjalankan kempennya kerana turut berdepan Shamsul Iskandar Md Akin daripada PH, yang digelar “giant killer”.

Setiap calon mempunyai kekuatan tersendiri, katanya, justeru dalam kempennya, beliau hanya memfokuskan kepada tawaran kepada penduduk dan mengelak daripada membuat sebarang serangan peribadi terhadap calon lain.

“Saya gunakan pendekatan yang lebih berhemah, sebab itu kalau kita tengok sejak hari penamaan calon, kalau kami bertembung dengan penyokong Umno, perasaan saling menghormati itu ada.

“Kita mencari ruang membuat kempen berdasarkan tawaran, bukan lagi setakat bertembung sahaja,” tambahnya.

Di Parlimen Bagan Datuk, selain Shamsul, Faiz turut berdepan penyandang lima penggal Ahmad Zahid Hamidi (BN), yang juga presiden Umno dan calon bebas Tawfik Ismail, sebelum ini bekas ADUN Sungai Benut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok