
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipecat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ahli Majlis Tertinggi.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disingkir daripada jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dibuat atas arahan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Surat pelucutan jawatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang memetik sebagai Zahid melalui surat tersebut menamatkan khidmatnya sebagai Ahli MT parti.
“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT UMNO,” katanya dalam surat bertarikh 21 Jun lapor FMT.
Dalam surat tersebut, Ahmad juga agar Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli parti yang komited dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai duta besar.
Tiada sebarang alasan diberikan berhubung tindakan menyingkirkan Tajuddin tersebut yang baharu sahaja dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Untuk rekod, pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar juga menerima kritikan banyak pihak termasuk daripada UMNO sendiri.
Tajuddin sebelum ini pernah dipecat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada Mei tahun lalu, beberapa hari selepas kenyataannya berhubung kemalangan LRT yang mengundang kritikan orang ramai.
Semasa pemilihan UMNO pada 2018 lalu, Tajuddin tewas dalam pertandingan bagi jawatan Naib Presiden. Namun, Zahid melantiknya sebagai Ahli MT yang dibuat secara lantikan.