UMNO sengaja cetus persepsi PRN Johor, dakwa AMK Keadilan

January 13, 2022 · Politik

Tidak ada pihak lain yang mencetuskan ura-ura Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal diadakan dalam tempoh terdekat, sebaliknya persepsi itu datangnya daripada UMNO untuk kepentingan sendiri.

Ketua Anak Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata persepsi itu dicipta kerana kedudukan kerajaan negeri sekarang ini, manakala UMNO pula mahu menubuhkan sebuah kerajaan sendiri dengan kuasa dominan.

“Persepsi PRN itu diwujudkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad. Dalam keadaan kita sedang berdepan dengan situasi banjir, tetapi isu itu dibangkitkan beliau.

“Saya tidak nampak pihak lain memulakan perkara ini PRN Johor, melainkan di pihak Menteri Besar sendiri,” katanya kepada pemberita di Johor Bahru, hari ini.

Susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, kerajaan Johor pimpinan UMNO yang disokong Bersatu dan PAS, kini hanya memiliki kelebihan satu kerusi, berbanding pembangkang.

Berdasarkan laman sesawang DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, dengan UMNO menguasai 14 kerusi; MIC (dua); dan PAS (satu). Susulan kematian Osman jumlah kerusi dimiliki Bersatu kini sebanyak 11.

Sementara pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi; Amanah (sembilan) dan PKR (empat).

Kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini memiliki 28 kerusi DUN, manakala pembangkang pula 27 kerusi.

Khabar angin mengatakan Johor bakal menghadapi PRN dalam waktu terdekat semakin kedengaran selepas Hasni pada 25 Disember lalu berkata kerajaan yang ada sekarang bertambah tidak stabil susulan kematian Osman.

“Maka dengan itu, perlu saya memahami reaksi khususnya parti-parti yang bergabung untuk tubuh kerajaan. Perbincangan atau perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan Johor yang hari ini mempunyai majoritinya yang amat tipis,” kata Hasni.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) Johor sudah menjelaskan mereka tiada masalah untuk Hasni terus mentadbir Johor sehingga tamat penggal atau sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Memetik Utusan, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata alasan PRN Johor perlu dilakukan demi kestabilan politik tidak seharusnya menjadi isu kerana apa yang dituntut rakyat adalah kerajaan yang menjaga kebajikan mereka.

“Menteri Besar sahaja tidak boleh bercakap mengenai PRN kerana beliau bukan pimpinan paling tinggi (dalam parti), tetapi bukan itu rakyat perlukan ketika ini kerana kita masih dalam fasa pandemik serta musibah banjir yang belum selesai sepenuhnya.

“Memang kerajaan negeri ada kuasa di untuk membubarkan DUN, tetapi yang mewujudkan suasana tidak stabil ini bukan daripada PH tetapi sebelah sana (UMNO), jadi kalau boleh lebih baik tumpu untuk membantu rakyat sahaja ketika ini,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
9 jam lalu· Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
9 jam lalu· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
18 jam lalu· Politik
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
9 jam lalu · Politik
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
22 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023 · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok