UMNO semakin tenat, ramai ahli bakal umum keluar parti 4 Ogos: Annuar

August 2, 2023 · Politik

Tan Sri Annuar Musa mendedahkan ramai ahli-ahli UMNO akan meninggalkan parti, ia termasuk pemimpin akar umbi parti tersebut yang sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin atasan mereka.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu satu pengisyiharan secara besar-besaran berhubung ahli-ahli UMNO yang akan keluar parti akan diumumkan pada 4 Ogos ini dan akan melibatkan beberapa kawasan yang lain bukan sahaja di Kelantan.

“Kita akan buat pengumuman penting, termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan Ketua Setiausaha dan bekas EXCO yang akan keluar daripada UMNO.

“Ini bukan saja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” katanya dipetik laporan BH.

Annuar berkata demikian semasa sidang media selepas Program Ceramah Perdana Isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas malam tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Jelasnya, tindakan pemimpin dan ahli keluar daripada UMNO berikutan rakyat sudah tidak yakin dengan perjuangan parti berkenaan.

“Gelombang krisis keyakinan kepada UMNO sudah tiada kerana (segelintir pemimpin) parti itu melakukan banyak kesilapan dan kesalahan. Juga terlalu banyak penipuan dan pembohongan sehingga menyebabkan ahli UMNO hilang keyakinan.

“UMNO menghadapi satu krisis yang sangat tenat. Kemungkinan juga akan berlaku penutupan cawangan UMNO.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan solid bersama PN dan PAS kerana parti ini konsisten walaupun tidak menjadi pemimpin (Kerajaan Pusat),” katanya lagi.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok