UMNO Selangor tak nampak peluang KJ menang dalam PRN: Megat

February 11, 2023 · Politik

Peluang untuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor masih samar-samar, kata Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Pengerusi UMNO Selangor tidak nampak bekas Ketua Pemuda yang dipecat parti itu baru-baru ini mempunyai peluang cerah untuk menang pada PRN nanti, malah keadaan politik juga boleh berubah dan dijangka rakyat akan kembali menyokong UMNO yang kini menjadi sebahagian kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH).

“Keadaan itu boleh berubah dalam masa singkat terutama menjelang PRN yang dijangka berlaku pada pertengahan tahun ini.

“Tiada siapa dapat menjangkakan dengan tepat apa yang akan berlaku pada esok atau lusa dan keadaan itu pasti mempengaruhi pemikiran pe­ngundi apabila tiba hari mengundi,” kata Megat dipetik laporan Utusan Malaysia.

Megat yang juga Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi senario politik sebelum ini semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan UMNO menang banyak tetapi kemudiaan kalah teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sejarah membuktikan­ tujuh PRK berturut-turut (termasuk Semenyih), me­nang dua PRN dengan jumlah keputusan yang besar tetapi kita kalah pada PRU-15.

“Jadi, itu sangat dinamik, ia mengikut citarasa pengundi waktu atau se­­masa mengundi. Jadi apa hendak berlaku tiga atau empat bulan dari sekarang, adalah sesuatu yang tidak boleh siapapun jangka,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Khairy berkemungkina akan membuat penampilan PRN di Selangor nanti.

Malah, Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yakin kebolehan dan populariti Khairy atau KJ akan membolehkan PN menguasai Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kehadiran Khairy mampu mewujudkan satu gelombang baharu kepada anak muda, khususnya pengundi atas pagar, bagi memberikan undi kepada PN dan berupaya memberi kemenangan merampas kedua-dua negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

“Kalau UMNO anggap Khairy sebagai beban, tetapi Bersatu kita anggap dia satu kelebihan yang mampu mencetuskan gelombang baharu dalam politik Malaysia. Jadi kita sedia terima Khairy, kalau dia sedia terima lamaran kita.

“Tawaran masuk Bersatu? Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin sudah awal-awal mengalukan jika KJ mahu sertai parti kita. Tetapi tidak tahu bagi pihak beliau sendiri… itu kena tanya beliau,” katanya sebelum ini.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
24 jam lalu· Politik
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
24 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok