UMNO sedia terima bekas MP lompat parti, tapi tak jadi calon

June 16, 2022 · Politik

Syarat diletak UMNO kepada 16 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang ‘melompat’ sebelum diterima masuk semula adalah mereka tidak akan diletak menjadi calon pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

UMNO juga menyatakan kesediaan menerima semua bekas ahli yang keluar parti namun tidak menolak banyak halangan memandangkan mereka sebelum ini pernah mengkhianati parti sendiri, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Saya yakin orang-orang UMNO amat terkilan kepada 15 orang Bersatu campur seorang dari Warisan kerana ahli-ahli UMNO di 16 kawasan itu mengangkat mereka sebagai calon UMNO dan kemudian mereka lari ketika zaman UMNO dan Barisan Nasional (BN) susah.

“Jadi, kalau nak kembali itu, saya tak nampak ada jalan untuk mereka, maksud saya kembali menjadi calon. Kalau mereka nak kembali tetapi tidak mahu menjadi calon, itu lainlah. Itu satu perkara yang berbezalah ya.

“Tapi, kalau nak kembali lepas itu nak jadi calon, tentu sekali halangan itu banyak,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Ahmad berkata setakat ini UMNO tidak menerima sebarang permohonan untuk menyertai semula daripada bekas MP yang melompat sebelum ini.

“Tak ada (perbincangan). Saya cuma terserempak mereka ketika di Dewan Rakyat sahaja.

“Tak ada seorang pun yang mohon masuk ke dalam UMNO balik. Jadi apabila tak ada seorang pun, maka tak ada lah harapan mereka untuk mengikut menjadi calon UMNO. Bukankah begitu,” soalnya.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengulas tentang beberapa pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti, sama ada masih diberi ruang untuk menjadi calon pada PRU kali ini atau sebaliknya.

“Pemimpin yang berlawanan arus daripada pucuk pimpinan dan dasar parti itu risiko yang mereka ambillah, sama ada mereka akan dapat menjadi calon atau tidak, itu masih belum diputuskan juga.

“Walaupun demikian, Pre­siden pernah menyebut beliau tidak akan berdendam dalam memberikan watikah selaku Pengerusi BN, itu adalah sedikit harapan pada mereka, tetapi segalanya belum diputuskan,” ujarnya lagi.

Selepas PRU-14 lalu, beberapa pemimpin UMNO mengisytiharkan dirinya keluar parti sebaik sahaja parti itu kalah.

Antaranya Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Begitu juga lima MP Sabah turut mengambil tindakan yang sama termasuklah Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).

Pada 14 Disember 2018 pula, seramai enam Ahli Parlimen UMNO turut mengisytiharkan meninggalkan parti keramat Melayu itu termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahya ( Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Seorang lagi bekas MP Labuan, Datuk Rozman Isli turut keluar parti dan menyertai Parti Warisan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok