UMNO Sabah tetap bekerjasama dengan Bersatu, PAS hadapi PRU-15

August 20, 2022 · Politik

Sabah tidak terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang mengarahkan parti itu di peringkat bahagian atau negeri untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan Barisan Nasional (BN) Sabah, termasuk UMNO, akan meneruskan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut dianggotai kedua-dua parti itu.

“Bukan Sabah,” katanya dalam mesej ringkas kumpulan WhatsApp wartawan untuk maklum balasnya terhadap peraturan tiada autonomi negeri UMNO mengenai pakatan politik rentas parti di luar BN.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa parti itu tidak membenarkan mana-mana bahagiannya atau badan perhubungan negeri mengadakan sebarang kerjasama politik dengan PAS atau Bersatu pada PRU-15.

Ahmad berkata UMNO negeri dan pemimpin akar umbi tidak mempunyai kuasa autonomi mengadakan kerjasama itu sebaliknya perlu merujuk kepada keputusan yang dibuat pada PAU 2021.

“Setakat ini kami berpegang kepada keputusan perhimpunan agung pada Mac lalu. Keputusan adalah untuk seluruh parti dan tidak terkecuali. Keputusan itu tidak diubah dan ia adalah keputusan tertinggi.

“Perhimpunan itu tidak menyebut pengecualian di mana-mana negeri,” kata Ahmad.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata keputusan PAU pada Mac tahun lepas tidak menjejaskan Sabah, yang membentuk pakatan dengan GRS tahun lepas, membolehkan mereka memenangi pilihan raya negeri (PRN).

Sebelum ini UMNO Selangor dilaporkan berhasrat diberikan autonomi kepada setiap bahagiannya supaya boleh terus bekerjasama dengan PAS di bawah platform Muafakat Nasional (MN)

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata kerjasama antara UMNO dan PAS dianggap baik dan lebih berkesan.

Di Sabah, parti di bawah BN, serta Perikatan Nasional (PN) dan parti berasaskan tempatan lain telah bersatu di bawah pakatan longgar dikenali sebagai GRS untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Warisan dalam PRN mengejut September 2020.

Walaupun GRS berdaftar sebagai gabungan yang sah pada awal tahun ini, UMNO bukan sebahagian daripadanya, kerana mereka telah pun berdaftar di bawah BN.

Bagaimanapun, spekulasi berterusan sama ada UMNO Sabah akan mengekalkan perkongsian dengan GRS kerana kedua-dua parti telah bertelagah di peringkat nasional dan terdapat tanda-tanda bahawa kedua-dua pihak sedang bersedia untuk saling bertanding pada PRU-15.

Bung yang merancang untuk meletakkan calon BN di 14 daripada 25 kerusi Parlimen pada PRU-15 menggesa ahli UMNO Sabah berfikir seperti pemenang.

“Saya juga telah mengatakan bahawa untuk menang, kita perlu melakukan perkara seperti pemenang. Jika kita ambil mudah, sukar untuk merealisasikan matlamat kita,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok