UMNO Sabah terima kemasukan bekas Ketua Penerangan Warisan masuk parti: Bung

May 23, 2022 · Politik

Permohonan bekas Ketua Penerangan Parti Warisan, Datuk Dr. Yusof Yaacob untuk menyertai UMNO dialu-alukan dan diterima dengan terbuka, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu mengesahkan menerima permohonan Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin menyertai parti itu selepas membuat permohonan secara rasmi dan menyatakan pendirian sedia menerima kemasukan sesiapa sahaja.

“Kita akan memastikan mereka ini dapat memainkan peranan membantu memperkukuhkan UMNO pada masa akan datang,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Bung terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sindumin.

Jelasnya, sudah menjadi polisi UMNO Sabah mengamalkan dasar buka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai parti tersebut.

Jadi, tidak timbul sebarang pertikaian untuk menerima mana-mana bekas pemimpin UMNO untuk kembali semula menyertai parti itu.

“Parti ini perlu digembeling secara bersama kerana UMNO tidak boleh hidup jika bersendirian. Kita akan lebih kuat apabila kita buka pintu.

“Saya telah menjelajah rumah terbuka pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Kita lihat orang ramai hadir tanpa perlu diundang bagi memberi sokongan padu kepada UMNO-BN,” katanya lagi.

Menurut beliau, sentimen itu dapat membantu UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, Yusof meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Warisan dan kemudiaan bertindak keluar daripada Warisan pada 8 Oktober tahun lalu bagi menjadi ADUN Bebas.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
10 minit lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
18 minit lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
51 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
4 jam lalu· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
4 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
5 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
6 jam lalu · Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
7 jam lalu · Politik
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok