UMNO Pekan calonkan Najib, BN Pahang tak tahu

October 14, 2022 · Politik

BN Pahang belum menerima sebarang maklumat berhubung cadangan UMNO Pekan yang menyenaraikan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai calon Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lapor Berita Harian.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sekiranya ada pencalonan beliau akan merujuk kepada penasihat undang-undang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Setakat ini, saya tidak mendapat apa-apa maklumat dan saya akan rujuk kepada SPR juga penasihat undang-undang negeri sekiranya ada pencalonan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dilaporkan tersenarai sebagai salah seorang daripada lima calon bagi kerusi Parlimen Pekan pada PRU-15 akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bekas Presiden UMNO itu masih berpeluang bertanding sekiranya beliau berjaya dalam permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan Ogos lalu.

Katanya, UMNO Pekan tidak berhasrat meletakkan anak sulung Najib, Datuk Nizar Najib atau anak perempuannya, Nooryana Najwa di kerusi Parlimen itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022· Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
December 6, 2022· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok