UMNO pecat ahli tanding PRU-15 atas tiket parti lain: Mat Maslan

November 6, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang atau penyokong parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

“UMNO sudah meneliti senarai calon yang telah mengemukakan pencalonan dan telah diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyertai PRU-15.

“Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong parti lawan.

“Keahlian mereka dalam UMNO dengan ini ditamatkan secara automatik mengikut Fasal 20.11 perlembagaan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata UMNO akan terus memantau keadaan sepanjang tempoh berkempen PRU-15 dan akan mengambil tindakan segera memecat ahli parti yang melanggar perlembagaan, atau disiplin, kesetiaan dan keharmonian parti.

“UMNO tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan khianat oleh mana-mana ahlinya,” katanya.

Beliau merujuk kepada penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang kedua-duanya mengemukakan pencalonan untuk mempertahankan kerusi mereka atas tiket Perikatan Nasional selepas digugurkan oleh Barisan Nasional.

Begitu juga, pemimpin UMNO dan penyandang ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin memfailkan kertas pencalonannya untuk mempertahankan kerusi Parlimennya dan bertanding di kerusi DUN Titi Tinggi di Perlis sebagai calon Bebas.

Sebelum ini, SPR menetapkan hari pengundian awal pada 15 November, manakala hari pengundian ialah pada 19 November.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok