UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera

October 5, 2022 · Politik

Beberapa ketua UMNO cawangan di bahagian Pasir Salak menggesa pucuk pimpinan parti menjelaskan sama ada benar ketua mereka Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah digantung keahliannya.

Mereka berkata, penjelasan rasmi parti mengenai kedudukan Tajuddin cukup penting untuk parti terus bergerak dan membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka boleh diadakan pada bila-bila masa.

Beberapa ketua cawangan yang ditemui berkata, mereka masih tertanya-tanya mengenai kedudukan sebenar Tajuddin sama ada masih ahli UMNO atau sebaliknya, menurut laporan Utusan.

Ketua UMNO Cawangan Kepala Pulau, Mokhtar Idris dilaporkan berkata penggantungan keahlian Tajuddin tidak diumumkan secara rasmi menyebabkan ahli parti di bahagian ini terus tertanya-tanya mengenai kedudukan ketua bahagian mereka.

“Kami masih tidak tahu kedudukan sebenar, belum ada surat rasmi atau apa-apa kenyataan rasmi mengatakan Tajuddin digantung, jadi perlu ada kenyataan rasmi,” katanya.

Menurutnya, ahli UMNO di sini kecewa jika benar Tajuddin digantung kerana bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu seorang yang berjasa kepada parti dan rakyat di sini.

“Biarpun mungkin beliau tidak lagi boleh bertanding dalam pilihan raya umum, kami tetap berpihak kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Batu Hitam, Mustafa Halim Abdul Manaf berkata beliau dan ahli-ahli UMNO di sini masih tertanya-tanya mengenai kedudukan ketua mereka kerana tiada penjelasan rasmi parti setakat ini.

Katanya, mereka hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media dan perkara itu hangat diperkatakan oleh ahli dan pengundi di Pasir Salak, namun belum ada pengesahan.

“Kami perlu tahu kedudukan sebenar untuk parti terus bergerak apatah lagi PRU-15 dikatakan akan diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Menurutnya, jika benar Ahli Parlimen Pasir Salak itu digantung keahliannya, beliau secara peribadi bersetuju menerima calon lain untuk bertanding di sini dan jika boleh calon tersebut dipilih atau dinamakan oleh Tajuddin sendiri.

Kata beliau, antaranya ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr. Faizal Tajuddin yang juga anak Tajuddin.

“Saya secara peribadi setuju sekiranya calon pengganti Tajuddin terdiri daripada calon yang boleh menang termasuk anak beliau sendiri, Dr. Faizal yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian,” katanya.

Selain Dr. Faizal, seorang lagi anak Tajuddin, Datin Seri Rahayu adalah Setiausaha UMNO bahagian.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 minit lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok