UMNO Pasir Gudang calonkan nama saya, kata Khaled

October 15, 2022 · Politik

UMNO Bahagian Pasir Gudang menamakan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai calon kerusi Parlimen disitu.

Naib Presiden UMNO, Khaled mengesahkan namanya dicalonkan oleh UMNO Bahagian Pasir Gudang walaupun semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu tewas kepada calon PKR, Hassan Abdul Karim.

“Parti sedang dalam proses untuk menentukan calon-calon di setiap kerusi Parlimen, ini baru di peringkat permulaan dan belum lagi selesai yang mana setiap bahagian diminta menghantar sekurangnya lima nama.

“Sekarang ini, Bahagian Pasir Gudang kemukakan nama saya, tetapi apapun keputusan akhirnya saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti. Setiap parti ada strategi dalam meletakkan calon, jadi saya serahkan kepada kepimpinan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Khaled terdahulu merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar.

Baru-baru ini, timbul spekulasi Khaled bakal bertanding di kerusi Parlimen Kota Tinggi selepas beliau tewas di Pasir Gudang.

Malahan terdapat beberapa kain rentang yang dinaikkan di sekitar Kota Tinggi yang memaparkan ayat menolak kehadiran Khaled untuk bertandang di kerusi Parlimen berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok