UMNO-PAS capai persefahaman di Pahang elak pertembungan

April 29, 2021 · Politik

Persefahaman dicapai antara UMNO dan PAS dalam isu rundingan kerusi di Pahang apabila kedua-dua parti bersetuju untuk tidak berebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pesuruhjaya PAS negeri Rosli Abdul Jabar mengeluarkan kenyataan dan menandatangani perjanjian untuk kedua-dua parti berkompromi dengan kerusi yang dimenangi wakil rakyat parti masing-masing akan dikekalkan tanpa sebarang pertembungan satu sama lain.

“UMNO Pahang berhasrat tidak akan meletakkan calon di lapan kerusi dimenangi PAS pada PRU ke-14 dan tidak akan menyokong serta bekerjasama dengan calon yang bertanding di kerusi tersebut kecuali calon PAS.

“Begitu sebaliknya, PAS dengan berpandukan persetujuan dan pendirian PAS Pusat, tidak akan meletakkan calon di 25 kerusi DUN dimenangi UMNO dan BN serta tidak akan menyokong dan bekerjasama dengan pihak lain yang bertanding di 25 kerusi itu,” kata Wan Rosdy dipetik Bernama.

Terdahulu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menghadiri Majlis Iftar Bersama yang dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kedua-dua parti termasuk Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang semalam.

Pimpinan MN negeri ini, menurut Wan Rosdy dan Rosli, melihat kerjasama politik kedua-dua parti perlu dipertahankan demi kestabilan dan kemakmuran negeri selain Pahang harus menjadi pengasas trend dan model perpaduan ummah yang padu dan jitu di Malaysia.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN negeri juga menjelaskan perbincangan lanjut diperlukan bagi sembilan kerusi di bawah Pakatan Harapan (PH).

UMNO menang 24 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang manakala satu lagi kerusi BN diperoleh menerusi MCA pada PRU ke-14.

Sementara itu, Rosli semasa ditemui berkata PAS negeri akan memaklumkan kepada pimpinan PAS Pusat supaya mereka diberikan sedikit kebebasan dalam menentukan hala tuju pada pilihan raya akan datang.

Ditanya mengenai kerjasama PAS negeri dalam Perikatan Nasional Pahang bersama Bersatu dan Gerakan, Rosli hanya berkata: “perkara akan datang dibiarkan akan datang dan bukan untuk dijawab sekarang”.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok