UMNO, PAS, Bersatu patut duduk bersama bawah satu khemah

September 17, 2022 · Politik

Tiga parti dominan orang Melayu dan Islam, UMNO, PAS dan Bersatu, sewajarnya bergabung menjadi satu kumpulan parti politik yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam, namun perlu memberi jaminan bahawa kaum lain tidak akan diketepikan.

Bekas Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam berkata walaupun tiga parti itu bergabung membentuk satu naungan di bawah ‘khemah’ politik yang sama, ia masih belum cukup ‘kuat’ dan meluas dari segi pengaruh serta tarikan seperti PKR.

Justeru, beliau menyarankan agar UMNO, PAS dan Bersatu sekiranya bergabung di bawah ‘khemah’ yang sama, perlu memberi jaminan kepada bangsa lain sebagai tumpuan perjuangan mereka.

“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam UMNO, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam sama.

“Kalau boleh idea mereka ini bersama iaitu simple solid group dan menggelar parti ini mempromosikan kepentingan Melayu dan Islam. Secara prinsip dan dalam masa sama, kumpulan ini harus beri jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai kumpulan rakyat Malaysia yang dilindungi.

“Seperti PKR pula, parti itu terdiri daripada parti politik yang mengatakan mereka percaya akan multiracialisme (pelbagai bangsa)… ada daya penarik mereka sendiri bukan sahaja dalam kalangan bukan Melayu, ada muda mudi Melayu yang tertarik kepada kumpulan ini,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Sembang Kopi anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) bertajuk Melayu; Membina Penyatuan dan Menyuburkan Integriti di sini, hari ini. Tokoh wartawan, Tan Sri Johan Jaafar, bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut ‘daya penarik’ parti bukan berpaksikan Melayu seperti DAP, Musa berkata beliau pernah dijemput ke pelancaran buku Lim Kit Siang dan terkejut kerana mendapati ramai hadirin adalah orang Melayu dalam kalangan orang muda.

Katanya, ia menunjukkan DAP dan PKR memiliki ideologi yang meluas sehingga dapat menarik orang Melayu-Islam menyokong parti bukan Melayu itu.

“Saya nak beritahu dengan terus terang, waktu Lim Kit Siang melancarkan bukunya. Dia jemput, saya pergi… bila saya pergi orang cakap ‘kenapa kau pergi?’. Saya balas ‘Kenapa tidak’.

“Yang anehnya saya masuk dalam dewan itu, saya tengok banyak yang bertudung, budak Melayu. Ini serius, ramai betul. Ini tidak nampak macam mesyuarat DAP tetapi mereka penyokong dan ahli DAP. Itu keadaannya.

“Sebabnya, DAP dan PKR saya nampak dia punya ideologi lebih luas daripada (parti) yang Melayu dan Islam. Kepada yang menganggap dirinya parti politik yang mewakili orang Melayu, Islam…mereka harus memperluaskan ideologi untuk diterima dalam kalangan orang Malaysia secara besarnya.

“PKR kebanyakan boleh kita anggap sebagai liberal demokratik racial…itu pandangan saya. PKR, saya nampak merupakan kumpulan idealisme Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
27 minit lalu· Isu semasa
Biarlah rakyat marah, itu akan memihak kepada pembangkang apa? soal Saravanan
40 minit lalu· Politik
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
10 jam lalu· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
12 jam lalu· Politik
Popular
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
October 5, 2022
Lagi Politik terkini
Manifesto PN rangkumi semua perkara dijanji dan dilaksana: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU
9 jam lalu · Politik
PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim
12 jam lalu · Politik
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
13 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok