UMNO parti haram jika RoS tolak pindaan perlembagaan: Laporan

July 7, 2022 · Politik

Apapun pelan dan strategi yang akan diambil UMNO sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pindaan perlembagaan parti itu, akan menjadi tidak sah.

Malah, Pensyarah Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Salawati Mat Basir berpendapat UMNO akan menjadi pertubuhan haram jika RoS menolak pindaan perlembagaan itu, termasuk pindaan untuk menangguhkan pemilihan dalamannya sehingga enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau menambah dalam kes ini semua tindakan parti itu akan dianggap tidak sah.

“Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan adalah mengikut peraturan RoS untuk menjadi halal semula,” katanya menurut laporan Utusan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang dilaporkan berkata parti itu mempunyai strategi alternatif jika RoS menolak permohonannya.

Jam terus berdetik untuk parti nasionalis Melayu itu kerana ia telah pun dibenarkan menangguhkan pemilihan dalaman selama 18 bulan tahun lepas akibat pandemik Covid-19.

Parti itu dikehendaki mengikut undang-undang untuk mengadakan pemilihannya menjelang 29 Disember tahun ini.

Perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas PRU.

RoS mempunyai 60 hari sehingga 16 Julai untuk mengumumkan keputusan mengenai permohonan UMNO itu.

Seorang lagi pengamal undang-undang Datuk Adnan Seman memberitahu, UMNO masih berpeluang melakukan semakan kehakiman sekiranya RoS tidak meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

“Kalau tidak lulus, UMNO kena buat juga pemilihan sebelum Disember 2022 tetapi mereka masih boleh memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan RoS.

“Tetapi, RoS kena ada sebab munasabah untuk tolak pindaan UMNO kerana mereka meluluskan pindaan perlembagaan MCA dan Gerakan sebelum ini. Jadi sudah ada kes terdahulu dan sudah tentu terpakai kepada parti lain,” katanya.

Namun, katanya, jika keputusan tetap tidak memihak kepada UMNO, beliau meminta RoS supaya memberikan ruang yang secukupnya kepada parti itu.

“UMNO perlu mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya pada Disember 2022, ada lima bulan, jadi apabila RoS membuat keputusan, jangan lengah-lengahkan, perlu diberi ruang sewajarnya untuk adakan pemilihan,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023
Hasrat MUDA sertai PH terus dapat tentangan pemimpin PKR
September 10, 2022
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok