UMNO nak PRU-15 bukan nak bela rakyat, tapi nak tukar keputusan mahkamah: Anwar

October 4, 2022 · Politik

Tindakan tergesa-gesa UMNO mahu membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bukan disebabkan mahu membela rakyat sebaliknya mereka mahu mencampuri urusan badan kehakiman negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa parti dipimpin anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya bukan mahu membela nasib rakyat yang sedang susah ketika ini, tetapi sebaliknya mahu menukar keputusan mahkamah agar memihak kepada mereka.

“Sebab itu bila sebut pilihan raya, ia bukan soal banjir sahaja… Bukan soal banjir sahaja.

“Mereka (UMNO) ni nak buat ni sebab apa? Sebab dia rasa kalau dia menang, dia boleh tukar hakim, dia tukar keputusan mahkamah,” katanya semasa berceramah di Bandar Tun Razak semalam.

Presiden PKR itu bersama pemimpin parti pembangkang lain menolak keras usaha UMNO yang mahu membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 pada musim terdekat.

Pembangkang sebelum ini melahirkan kebimbangan sekiranya PRU-15 diadakan semasa musim tengkujuh bakal menyebabkan rakyat yang sedang mengalami kesusahan kehilangan harta benda akan lebih tertekan.

Bagaimanapun, Zahid sebelum ini berkata sedia meredah banjir sekalipun PRU-15 diadakan pada hujung tahun ini bagi memastikan kemenangan UMNO-Barisan Nasional nanti.

Anwar berkata parti yang angkuh dan sombong sehingga mengabaikan kepentingan rakyat perlu ditolak rakyat kerana mereka bukan mahu membela rakyat tetapi sebaliknya mahu mengawal kuasa semata-mata.

“Boleh ke nak sokong macam itu? Dia bukan menang, kita akan bela nasib rakyat pastikan harga barang terkawal, ringgit balik pulih dan negara pulih sebagai satu ekonomi yang kukuh.

“Saya tak dengar yang itu. Yang dia dengar kita nak maruah Melayu yang tak ditulis ialah selamatkan kami,” katanya lagi.

Untuk rekod, Jumaat lalu UMNO sudah membuat pendirian meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen pada tahun ini juga.

Spekulasi bertiup kencang terdapat kemungkinan Parlimen bakal dibubarkan pada masa terdekat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok