UMNO mungkin ‘menang besar’ jika PRU mengejut diadakan, kata Tun M

August 20, 2022 · Politik

Bekas Presiden UMNO paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan parti itu akan ‘menang besar’ sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan secara mengejut.

Dalam temu bual bersama The Associated Press (AP) – agensi berita berpangkalan di New York – bekas Perdana Menteri (PM) dua kali itu percaya sebilangan pengundi Melayu telah kembali kepada UMNO kerana ditawarkan wang dan insentif lain.

“Saya fikir mereka akan mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) tahun ini.

“Kalau boleh, mungkin secepat dua atau tiga bulan dari sekarang, kerana mereka merasakan ketika ini orang ramai masih memandang tinggi kepada mereka, dan pembangkang berpecah, tidak teratur,” katanya.

PRU-15 tidak dijangka diadakan sehingga September 2023, tetapi beberapa ahli UMNO, termasuk bekas PM Datuk Seri Najib Razak dan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang kedua-duanya berdepan pertuduhan rasuah, telah mendesak supaya PRU diadakan lebih awal.

Mahathir adalah PM keempat UMNO selama 22 tahun sehingga bersara pada 2003.

Beliau telah diilhamkan untuk kembali berpolitik susulan rompakan besar-besaran dana negara 1Malaysia Development Berhar (1MDB) ketika Najib memegang jawatan PM yang memalukan Malaysia pada mata global apabila dikatakan menjadi skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Pada Julai 2020, Najib telah didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, dan kini rayuan akhirnya sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Jika kalah, Najib akan menjadi ketua negara pertama Malaysia yang dihantar terus ke penjara bagi menjalani humuman 12 tahun dan denda RM210 juta.

Dr Mahathir kemudian menunggang gelombang kemarahan rakyat untuk memimpin pembangkang ke arah kemenangan bersejarah dalam PRU-14 pada 2018, sekali gus menggulingkan kerajaan Najib dan menjadi PM untuk kali kedua, mengetepikan harapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir menjadi ketua kerajaan tertua di dunia pada usia 93 tahun, tetapi pakatan reformis yang disertainya, Pakatan Harapan (PH), tumbang dalam masa dua tahun setelah parti komponen yang menyertai gabungan itu bertelingkah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian dilantik sebagai PM kelapan dengan gabungan Perikatan Nasional (Bersatu, PAS, Gerakan dan STAR) mendapat sokongan Barisan Nasional (BN) serta UMNO.

Namun, pengkhianatan 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid menyebabkan Muhyiddin terpaksa meletak jawatan, dan bersetuju memberi sokongan bersyarat kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi PM kesembilan.

Dr Mahathir kemudian menubuhkan parti baharu – Pejuang Tanah Air (Pejuang) – dengan misinya kekal iaitu untuk membersihkan negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah.

Menurutnya beliau tidak tahu berhubung menjadi PM sekali lagi, tetapi akan bertanding (dalam PRU-15) jika masih kuat dan sihat.

“Saya akan berjuang, walaupun ia adalah satu pertempuran yang kalah. Saya akan lawan kerana saya percaya pada prinsip. Ia bukan apa yang berlaku kepada saya.

“Saya percaya pada prinsipnya. Saya percaya bahawa ini adalah negara yang hebat yang boleh menjadi negara maju, tetapi di bawah penyangak anda tidak akan pernah menjadi maju,” katanya yang kerap merujuk Najib sebagai penyamun.

Mengulas mengenai Najib, Dr Mahathir berkata beliau percaya Ahli Parlimen Pekan itu berharap untuk membuat kemunculan semula dengan kemenangan UMNO.

“Dalam pilihan raya, jika UMNO menang, dia menjangkakan kerajaan UMNO akan meminta pengampunan untuknya… dan apabila dia mendapat pengampunan, (dan) dibersihkan sepenuhnya, dia kemudian boleh menjadi PM. Dia akan melakukannya. Percayalah, dia akan melakukannya,” kata Dr Mahathir.

Najib kekal mengatakan dia tidak bersalah. Dengan rayuan terakhirnya terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan sekarang, dia tidak akan dibenarkan bertanding sekiranya PRU diadakan lebih awal.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
19 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
22 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
10 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
10 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok