UMNO mula beri amaran kepada pengkritik Zahid, gantung Tun Faisal

March 27, 2021 · Politik

UMNO mula mengambil tindakan terhadap individu yang lantang mengkritik parti yang juga pegawai Tan Sri Annuar Musa, Tun Faisal Ismail Aziz – mangsa pertama pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) apabila digantung keahliannya daripada UMNO.

Pengumuman penggantungan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini selepas tamat persidangan tiga sayap parti itu.

Menurut Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman keputusan penggantungan yang dibuat malam ini hanya melibatkan seorang individu sahaja dan tiada pemecatan dibuat kepada ahli UMNO lain.

“Ya, seorang sahaja,” katanya kepada media di perkarangan Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Tindakan terhadap Tun Faisal ini dipercayai digerakkan oleh Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu menyekat Tun Faisal daripada menjadi calon di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.

Tengku Adnan dikatakan merancang agar Tun Faisal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti dengan membuat aduan atas kesalahannya mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tengku Adnan didakwa merancang langkah tersebut selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan sekumpulan kira-kira 50 ahli jawatan kuasa bahagian dan ketua cawangan untuk menyokong tindakan tersebut dengan diminta setiap orang menandatangani surat sokongan.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
1 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
5 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
6 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
49 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok