UMNO menang besar walaupun pemilihan selepas PRU: Ahmad Maslan

September 22, 2021 · Politik

Walaupun pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepas pilihan raya umum, namun Datuk Seri Ahmad Maslan tetap yakin partinya akan menang besar dengan mengekalkan barisan pimpinan sedia ada.

Setiausaha Agung UMNO itu menegaskan mereka tetap berpegang pada tarikh pemilihan yang boleh diadakan sehingga Disember 2022 seperti dimuktamadkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan tidak akan mengadakan pemilihan sebelum pilihan raya umum seperti yang dituntut oleh beberapa pihak.

“Kami ada masa hingga 29 Disember 2022. Jadi belum ada lagi tarikh yang ditetapkan.

“Dah banyak penggal pemilihan lepas PRU. Cuba google. Kami lebih tahu urusan parti,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Ahmad itu secara tidak langsung memberi bayangan betapa yakinnya UMNO mampu menang besar dalam pilihan raya umum yang akan diadakan nanti.

Pada 30 Ogos lalu, ROS membuat pusingan-U apabila membatalkan keputusannya sebelum ini yang menegaskan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu adalah tidak sah.

Ahmad sendiri mengesahkan ada menerima surat daripada Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim yang memaklumkan keputusan itu kepadanya.

Katanya, ia selepas beliau dan peguam UMNO sebelum ini pernah menyerahkan keterangan dan dokumen tambahan kepada RoS bertarikh 9, 11 dan 18 Ogos.

Selain itu, katanya ia turut termasuk penjelasan dilakukan oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 Ogos lalu.

Pada 6 Ogos lalu, ROS menetapkan keputusan MT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Perkara itu dinyatakan Jasri yang memaklumkan ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

UMNO sebelum ini dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok