UMNO Melaka berang tindakan dua ADUN tarik sokongan terhadap KM

October 4, 2021 · Politik

UMNO Melaka membidas tindakan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua wakil dari parti itu sendiri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengkritik tindakan dua ADUN UMNO iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) yang bertindak secara terbuka mengumumkan keputusan mereka menarik sokongan terhadap Sulaiman.

“Tetapi dalam kenyataan yang dibuat sama ada YB Norhizam (Datuk Norhizam Hassan Baktee – Pengkalan Batu) yang mengatakan beliau tidak terlibat dalam komplot ini ataupun YB Sungai Udang yang mengatakan dia tak terlibat tapi hari ini menyatakan satu perkara yang lain daripada kenyataan dia. Wallahualam.

“Saya tak nak komen lebih tapi saya berhak komen kerana dia telah terpapar dalam media sosial dan juga untuk tatapan umum. Maka saya bercakap untuk melihat di antara kenyataan yang dinyatakan semalam dan hari ini bercanggah dalam sifat keperibadian seorang pemimpin. Sekian,” katanya dalam sidang media hari ini.

Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kesal dengan tindakan dua UMNO tersebut yang menarik sokongan terhadap KM Melaka yang diumumkan awal hari ini.

Berhubung status kerajaan negeri, Rauf menyerahkan kepada budi bicara Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam untuk menangani kemelut politik yang sedang dihadapi ketika ini.

Negara berdepan satu lagi kemelut politik, kali ini melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Melaka selepas empat orang ADUN menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Penarikan sokongan tersebut diketuai oleh Idris Haron yang juga merupakan bekas KM.

Kerajaan Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibentuk pada Mac tahun lalu selepas Pakatan Harapan tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN, dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua daripada Bersatu dan satu Bebas, manakala pembangkang pula 11 kerusi.

Berita berkaitan
Puad pertahan kritikan terhadap Rafizi berhubung isu ‘formula’
June 7, 2023· Politik
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Memang berusaha nak jatuhkan kerajaan tapi bukan guling atas jalan: Idris Ahmad
June 4, 2023· Politik
Kalau dia luar biasa, kerajaan tambah kukuh: kata Puad kepada Asyraf
June 3, 2023· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
6 minit lalu · Politik
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
5 jam lalu · Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
19 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok