UMNO Masjid Tanah tak bawa usul Ismail Sabri sebagai PM

October 16, 2022 · Politik

UMNO Bahagian Masjid Tanah tidak membawa usul Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) kesepuluh selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Ini kerana namanya sudah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada April lalu, kata Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurutnya UMNO bahagian berkenaan sekadar mematuhi keputusan MT, tanpa perlu membawa usul yang sama pada Persidangan UMNO Bahagian Masjid Tanah hari ini (16 Oktober 2021).

“Kita tak perlu bawa usul itu kerana ia sudah diputuskan dalam MT. Mengapa kita nak bawa lagi?

“Kita ikut sahaja keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan itu hari ini, menurut BH.

Sebelum ini, semua UMNO bahagian yang telah mengadakan mesyuarat sejak beberapa hari lalu telah menamakan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti sebagai calon PM sekiranya Barisan Nasional (BN) menang majoriti Parlimen pada PRU-15.

Untuk rekod, antara UMNO Bahagian yang mengusulkan nama Ismail Sabri sebagai calon PM adalah Ketereh, Alor Gajah, Hulu Terengganu, Jelebu dan beberapa bahagian lain.

Malah, Bahagian Pontian, Johor di mana Setiausaha Agung UMNO adalah timbalan ketua bahagian, turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM.

Semalam, Agenda Daily melaporkan masih belum ada mana-mana UMNO Bahagian yang mencalonkan Presidennya yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

Bagaimanapun, media sebelum ini melaporkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini tidak membincangkan berhubung siapa bakal jadi calon PM.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengesahkan perkara itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok