UMNO masih persoal proses keadilan terhadap ‘Raja Media Sosial’

August 24, 2022 · Politik

Masih tidak puas hati kerana keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada ‘Raja Media Sosial’ UMNO Datuk Seri Najib Razak, pemimpin tempatan parti itu mempertikaikan proses keadilan yang dijalankan.

Bendahari UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday berkata beliau tidak mempertikaikan keputusan penghakiman itu, sebaliknya proses perbicaraan yang dijalankan.

“Ini adalah jalan terakhir untuk Najib menjelaskan atau mengemukakan bukti baharu. Mengapa mahkamah tidak dapat memenuhi permintaan ini,” katanya menurut The Star.

Pada 16 Ogos lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu antaranya berkaitan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tengku Maimun ketika membaca penghakiman ringkasnya mengatakan bukti baharu yang dimohon tidak relevan dengan rayuan tersebut.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota itu memetik contoh perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi banyak penangguhan.

“Anwar semasa perbicaraannya pada 1998 dan 2008 telah banyak penangguhan sebelum dijatuhi hukuman. Perbicaraan beliau mengambil masa kira-kira enam tahun,” kata Md Jais.

Semalam, Najib gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International, yang menyaksikan Mahkamah Persekutuan memerintahkan dia menjalani hukuman 12 tahun berkuat kuasa serta-merta. Dia juga didenda RM210 juta.

Dia didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram. Keputusan itu menyaksikan dia terus dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Mengenai isu lain, Md Jais mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan pembangkang menggunakan skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) untuk menang di mahkamah pendapat umum.

Katanya isu kapal LCS ini jika tidak ditangani dengan baik akan menjadi malapetaka kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Beliau menambah bahawa orang ramai perlu diberitahu bahawa kegagalan ini bermula pada 1990-an apabila kerajaan di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menganugerahkan kontrak berjumlah RM25 bilion untuk pembinaan 27 kapal luar pesisir (OPV).

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menamakan tiga pemimpin UMNO dalam skandal kapal LCS bernilai RM9 bilion itu, iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Untuk rekod, nama Zahid yang juga Presiden UMNO terpalit dalam satu skandal kapal itu setelah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan campur tangannya dalam meluluskan projek kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu pada 2011.

Dalam dokumen yang dinyahklasifikasi, PAC mendedahkan Zahid menukar reka bentuk LCS daripada Sigma kepada Gowind pada 2011, bertentangan dengan pendirian TLDM.

Perkara ini dibuktikan menerusi surat niat (LOI) yang ditandatangani Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor bertarikh 8 Julai 2010 kepada Zahid yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.

Zahid merujuk surat itu kepada bahagian perolehan Kementerian Pertahanan menerusi tulisan tangan di bahagian atas dengan menyatakan ‘sub perolehan sila laksanakan’.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
9 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
7 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
12 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok