UMNO mahu PRU-15 tahun ini, tapi bilakah masa yang sesuai?

March 30, 2022 · Politik

Sejak berakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 lalu, kenyataan demi kenyataan pemimpin parti tersebut masih lagi berkisar berhubung gesaan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan, ia walaupun pada awalnya parti memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya.

Yang pasti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak yang begitu beria-ria mahu PRU diadakan segera memandangkan masing-masing ketika ini sedang bergelut dan tersepit dengan kes mahkamah yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, individu yang dikatakan lebih teruja sekiranya PRU diadakan segera adalah sebenarnya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan kerana difahamkan sudah tidak sabar untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri (PM) Ke-10.

Mohamad difahamkan sudah mengintai jawatan nombor satu negara itu kerana jika mengikut hierarki dalam parti beliau adalah calon PM selepas ini memandangkan memegang jawatan nombor dua dalam parti.

Yang pastinya, Zahid dan Najib yang sedang dihimpit berpuluh kes di mahkamah bukan calon PM selepas ini kerana perlu diingat negara masih mempunyai pemerintah nombor satu selain PM iaitu Yang di-Pertuan Agong.

Sekiranya PRU-15 diadakan sebelum pemilihan parti dijalankan, Zahid dan Najib tidak mempunyai calon lain selain Mohamad jika mahu menyelamatkan diri daripada hukuman yang bakal dikenakan terhadap mereka.

Najib sudah disabitkan hukuman dan kini selangkah kaki ke penjara jika gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan, sementara Zahid masih sedang dalam perbicaraan dan pastinya tidak mahu nasib sama menimpa dirinya.

Namun, persoalan yang menjadi tanda tanya bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan PRU-15, adakah selepas umat Islam menyambut hari raya puasa atau selepas berakhir memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang pada Julai atau pun selepas pemilihan UMNO diadakan pada November nanti?

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd. Kadir yang dilantik Zahid bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan PRU-15 akan diadakan pada tahun ini, cuma tidak secara spesifik mengatakan bilakah kerana tidak boleh mendahului PM dalam membuat keputusan.

“Kebarangkalian suasana politik negara sepanjang tahun 2022 ini akan menyaksikan PRU15.

“Saya tidak tahu bila akan diadakan. Namun dengan izin sama-sama kita mengingatkan berkenaan perkara ini,” katanya dipetik semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Kenyataan tersebut hadir selepas usul dibawa kerajaan di Parlimen baru-baru ini gagal mendapat sokongan walaupun terdapat MoU dengan pembangkang, ia sekaligus menimbulkan polemik perjanjian tersebut sudah terbatal atau menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ia sudah “tidak terpakai lagi”.

Malah, veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz juga memberi pandangan secara moralnya kerajaan yang ditadbir ketika ini tidak mempunyai majoriti lagi apabila tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen sehingga usul kerajaan tersebut gagal diluluskan.

Usul yang tidak mendapat sokongan tersebut adalah melibatkan soal keselamatan rakyat dan pembangkang menolaknya.

Pembangkang nampaknya lebih teruja dengan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sebelum ini diletak sebagai syarat utama MoU yang dimerterai dengan kerajaan, ia bakal dibentang pada 14 April ini ketika bulan Ramadan umat Islam sedang berpuasa.

Syarat dalam MoU tersebut perlu dipatuhi sekiranya tidak mahu pembangkang menarik sokongan mereka sebelum Julai ini.

Pelbagai aspek perlu diambilkira kerajaan sebelum PRU-15 diadakan, tapi yang lebih utama adalah memastikan peratusan pengundi yang rendah tidak berulang lagi semasa PRN yang dijalankan sebelum ini.

Tiada guna sekiranya pengundi muda didaftar secara automatik dan jumlah pengundi yang sah meningkat tetapi peratusan pengundi masih rendah.

Masa paling sesuai untuk PRU-15 diadakan sebenarnya adalah sebaik sahaja RUU Anti Lompat Parti berjaya diluluskan di Dewan Rakyat kerana apabila UMNO menang besar, mereka dapat memastikan semua calon mereka yang menang kekal bersama parti dan mengelak insiden sebelum ini berulang.

Jika melihat garis masa RUU Anti Lompat Parti dibentang pada 14 April, dijangka proses untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi ia digazetkan sebagai undang-undang adalah pada hujung April.

Apabila semua tuntutan pembangkang sudah selesai ditunaikan seperti yang terdapat dalam MoU, ia boleh dijadikan sebagai situasi “menang-menang” dimana pembangkang sudah dapat apa yang mereka hajati dan tiba masanya pula mereka mengikut yang UMNO pula hajati.

Dengan tanda-tanda berkemungkinan MoU tidak akan disambung selepas Julai nanti, ia juga adalah isyarat yang jelas PRU-15 mungkin diadakan sebelum pemilihan UMNO dijalankan.

Teka-teki berhubung masa yang sesuai untuk mengadakan PRU-15 belum dapat dipastikan selagi tidak kelihatan tanda-tanda besar, jadi apakah tanda-tanda besar itu?

Tanda-tanda besar itu adalah apabila Zahid dan Najib mengulangi langkah yang mereka ambil sebelum ini iaitu menghantar surat ke Istana Negara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM dan membuat sidang media mengumumkan menarik sokongan kepada PM, perkara sama yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Itu adalah tanda-tanda besar bakal berlakunya PRU-15 dalam masa terdekat, tetapi buat masa ini belum nampak lagi.

Berita berkaitan
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
4 jam lalu· Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
4 jam lalu· Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
18 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
22 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
22 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
June 9, 2023 · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023 · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok