UMNO mahu PH menang besar, senang wujudkan kerjasama: Hadi

November 3, 2022 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan satu muslihat antara UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Menurutnya UMNO akan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH dalam pilihan raya ini.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 ini.

Beliau juga mendakwa bahawa objektif akhir pelan bijak itu adalah untuk menyelamatkan mereka, khususnya pemimpin BN, yang menghadapi pendakwaan di mahkamah.

“Kita difahamkan ada gerakan untuk meminimumkan kemenangan UMNOI bagi memberi laluan kepada PH meraih kemenangan lebih besar. Ini bagi memudahkan rancangan (BN) bergabung dengan PH selepas PRU-15.

“Ini kerana ramai pemimpin dalam UMNO tidak bersetuju dengan rancangan untuk bekerjasama dengan PH.

“Sehingga hari ini PH gagal menarik UMNO ke dalam khemah besar, namun tanda aras yang boleh dibaca dengan jelas adalah ketika menggulingkan kerajaan PN di peringkat Pusat dan Perak.

“Sebab itu wujud pakatan untuk menaikkan pemimpin (UMNO) yang bersetuju bergabung dengan PH bertujuan membebaskan diri (daripada pendakwaan), bukan untuk menyelamatkan rakyat,” kata Hadi selepas menghadiri perhimpunan memperkenalkan calon PN Kedah di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut, malam tadi (2 November 2022).

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Pengerusi PN negeri.

Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO menggugurkan pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti daripada diletakkan sebagai calon PRU-15.

Ditanya sama ada beberapa pemimpin UMNO yang diketepikan parti itu telah mendekati PAS untuk bertanding di bawah parti itu, Hadi berkata ia hanya akan diputuskan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

Beliau tidak menafikan atau mengesahkan bahawa PAS juga sedang mempertimbangkan untuk memberi laluan kepada bekas Ahli Parlimen BN Arau Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding di bawah tiket PN.

“Secara semula jadi, politik adalah sesuatu yang dinamik dan kami mengalu-alukan semua calon yang boleh menang.

“Perkara boleh berubah dari semasa ke semasa… semuanya hanya akan disahkan ketika hari penamaan calon,” katanya yakin PN akan mencapai kemenangan besar, tetapi tidak semudah dijangkakan.

Sebelum ini, akar umbi mengecam kepimpinan tertinggi, terutama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menyingkirkan beberapa veteran parti seperti Shahidan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa daripada senarai calon BN.

Calon-calon yang diletakkan UMNO dan BN juga dikatakan berkecamuk sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati ahli akar umbi, mahal ada yang telah menutup bilik gerakan mereka.

Pertengahan bulan lalu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta Zahid dan Anwar menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan kononnya ada perbincangan sulit berhubung PRU-15 ini.

Wan Saiful yang juga calon PN Tasek Gelugor berkata beliau telah diberitahu oleh rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Anwar berjalan lancar.

Beliau mendakwa agenda perbincangan itu berkisar kepada meminimumkan pertembungan UMNO dan PKR pada PRU-15 dan pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata apa yang dimaklumkan kepadanya setakat ini hanyalah tuduhan dan dakwaan sahaja.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok