UMNO mahu Akta Anti Lompat Parti dibentang segera sebelum PRU-15

June 25, 2022 · Politik

Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggesa supaya kerajaan segera membentang Akta Anti Lompat Parti sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Pendirian tersebut dibuat selepas berlangsung Mesyuarat MT yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta akta bagi menghalang wakil rakyat lompat parti dibentang secepat mungkin, selain meminta Akta Pendanaan Politik juga diwujudkan.

“MT menegaskan kembali tentang perlunya Akta Anti Lompat Parti dibentang segera di Parlimen sebelum PRU-15.

“Akta Pendanaan Politik juga perlu diwujudkan agar garis panduan yang jelas mengenai kewangan parti dapat diadakan,” kata kenyataan yang dibacakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas mesyuarat MT malam tadi.

Isu lompat parti kembali menjadi perhatian selepas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin bertindak keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini.

Bagaimanapun, isu berhubung kedudukan Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi masih tergantung walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akan berjumpa untuk menyelesaikan perkara berbangkit berhubung jawatan tersebut.

Sementara itu, Bersatu pula menuntut supaya Ismail Sabri menghormati perjanjian sebelum ini dimana jawatan dipegang Zuraida adalah kuota yang dipersetujui diberikan kepada mereka.

Untuk rekod, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah meminta untuk berjumpa Ismail Sabri bagi membincangkan kedudukan Zuraida tetapi sehingga hari ini masih tidak mendapat tarikh untuk duduk satu meja.

Selain itu, blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) juga sebelum ini mendesak agar Ismail Sabri menyegerakan pembentangan Akta Anti Lompat Parti dengan meminta satu sidang khas diadakan bagi meluluskan undang-undang tersebut.

Namun, Ismail Sabri membuat keputusan untuk tidak mengadakan sidang khas dan meminta menunggu sehingga sidang Dewan Rakyat dibuka pada Julai ini untuk pembentangan undang-undang tersebut.

Dalam kenyataan sama juga, UMNO juga menggesa kerajaan mencari langkah segera menangani kenaikan harga barangan yang sedang dihadapi rakyat, antaranya meminta kerajaan menimbang untuk mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi mengatasi isu harga ayam yang melambung tinggi.

“Sebagai contoh dalam isu harga ayam, cadangan untuk mewujudkan Lembaga Unggas Negara wajar dipertimbangkan agar isu harga ayam dilihat secara menyeluruh dari aspek pengeluaran anak ayam, kos penternakan, kos dedak agar tidak mudah dimanipulasi oleh pihak kartel berkepentingan,” katanya lagi.

Turut ditekankan dalam mesyuarat MT malam tadi, UMNO juga mahu kerajaan tidak sewenangnya menarik balik subsidi yang diberikan hanya kerana kelemahan aspek penguatkuasaan.

UMNO juga mengalukan-alukan keputusan kerajaan menarik balik keputusan pengapungan harga ayam di pasaran dan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
19 minit lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
41 minit lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
6 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
6 minit lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
3 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
7 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
7 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok