UMNO lulus usul kerusi presiden, timbalan tak dipertandingkan

January 14, 2023 · Politik

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 hari ini (14 Januari 2022) meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan setelah pungutan suara dilakukan sebentar tadi.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin, sebelum sesi penggulungan perbahasan dimulakan.

Ini bermakna Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai presiden dan Datuk Seri Mohamad Hasan pula timbalannya. UMNO dijangka mengadakan pemilihan bagi jawatan-jawatan lain pada Mei depan.

Usul tambahan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diluluskan melalui undian kiraan tangan dan perwakilan yang berdiri sebagai menyatakan sokongan pada jam 4.55 petang, hari ini.

Usul itu diluluskan selaras dengan Fasal 30, Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.

Cadangan usul tambahan itu dikemukakan wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin, ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden, semalam.

Isu berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO menimbulkan polemik apabila pemimpin parti mempunyai pandangan berbeza sama ada ia perlu dipertandingkan atau tidak.

Dalam kalangan perwakilan, beberapa negeri mencadangkan dua jawatan tertinggi itu turut dipertandingkan, manakala beberapa negeri menolak cadangan itu.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
5 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
22 minit lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
25 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
1 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok