UMNO lega PM tak sambung MoU dengan pembangkang lagi

July 28, 2022 · Politik

Keputusan tidak menyambung memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) nyata melegakan UMNO.

UMNO menyifatkan keputusan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah wajar kerana parti sudah membuat pendirian berhubung isu tersebut, kata Naib Presiden parti, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Kita berterima kasih dan menghargai kenyataan Perdana Menteri berhubung perkara ini kerana beliau jelas menterjemahkan kehendak parti.

“Pandangan UMNO memang jelas iaitu kita melihat tiada keperluan untuk melanjutkan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kita juga melihat, tiada kemungkinan untuk melanjutkan atau mengadakan MoU sedemikian yang baharu bersama pembangkang pada masa depan,” katanya dipetik laporan BH.

Bagaimanapun, Khaled berkata UMNO terbuka terbuka untuk terus menjalin persefahaman secara tidak formal dengan pembangkang bagi perkara tertentu demi kepentingan rakyat, seperti dicadangkan Ismail Sabri.

“Kita memang tiada masalah untuk bekerjasama mahupun menjalin persefahaman dengan pembangkang bagi apa-apa perkara diperjuangkan ketika itu yang menguntungkan rakyat.

“Kalau mereka (parti pembangkang) enggan berbuat demikian, itu tandanya mereka adalah pihak jahat kerana tidak mendahulukan kepentingan rakyat.

“Kita kena faham, fungsi pembangkang ini bukan semata-mata hanya untuk membangkang apa-apa sahaja yang diketengahkan kerajaan,” katanya lagi.

Semalam, Ismail Sabri memberi isyarat jelas tidak ada lagi perjanjian atau Mou baharu yang akan disambung antara kerajaan dengan PH.

Ismail Sabri akur dengan pendirian partinya, UMNO yang sudah membuat ketetapan supaya tiada MoU 2.0 akan dimerterai dengan PH walaupun terdapat usaha untuk menyambung MoU 2.0 yang baharu selepas tamat pada 31 Julai ini.

“Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan. Kerjasama bertulis tidak ada lagi lepas ini.

“Kita sama-sama bersetuju untuk tidak ada perjanjian atau persefahaman baharu. Saya pun mesti akur dengan keputusan parti saya. Saya sudah maklumkan kepada mereka (pemimpin PH), UMNO sudah buat ketetapan tidak sambung.

“Tapi dari segi perjanjian secara bertulis, semua sudah bersetuju tidak perlu ada perjanjian bertulis baru, tapi persefahaman untuk kepentingan rakyat kita boleh diteruskan bagi menjamin kestabilan politik,” katanya semalam.

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok