UMNO kena utamakan perpaduan rakyat: Hashim Jasin

April 28, 2021 · Politik

PAS mengingatkan UMNO supaya mengutamakan perpaduan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan menghentikan perpecahan di kalangan parti Melayu.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, perkara paling utama bagi rakyat Malaysia terutama umat Islam dan Melayu tanpa mengira fahaman politik ialah perpaduan.

“PAS tetap konsisten memastikan agenda penyatuan ummah,” katanya mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap akan memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga darurat berakhir Ogos 2021.

Hashim melihat kesepakatan parti Melayu membabitkan PAS, Bersatu dan UMNO amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Sehubungan itu, katanya, PAS sentiasa istiqamah memastikan ketiga-tiga parti politik terbabit bersatu walaupun ada halangan.

“Kita tidak akan putus asa memastikan perkara tersebut kerana kita belum nampak jalan lain untuk mententeramkan kehidupan rakyat di negara yang berbilang kaum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cukuplah pengalaman sebelum ini apabila berlaku perpecahan, sekarang sudah tiba masanya untuk kita bersatu dengan mengambil keberkatan bulan Ramadan, katanya.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
12 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
13 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
1 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
3 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
7 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok