UMNO kembali semula perangai lama berebut kerusi PM: Hadi

November 2, 2022 · Politik

UMNO kembali kepada perangai lama iaitu berkelahi sesama sendiri untuk menjadi Perdana Menteri, berebut kementerian dan jawatan walaupun telah kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata sesetengah pemimpin UMNO didapati tidak insaf setelah mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya 2018.

“Tiba-tiba perangai lama UMNO jadi lagi, berkelahi sesama sendiri nak jadi Perdana Menteri, nak kementerian, nak jawatan. Setelah kalah PRU-14 mereka tak insaf, bukan semua tak insaf, ada (Ahli Parlimen) yang insaf dan nak buat perubahan.

“Kita ajak mereka (UMNO) kepada perpaduan ummah bersama Bersatu, Gerakan dan parti lain. Tiba-tiba mereka minta hanya UMNO dan PAS sahaja (dalam Muafakat Nasional).

“Kalau UMNO dan PAS sahaja itu bukan perpaduan, tapi itu tujuan politik. Akhirnya mereka buat tindakan nak jatuhkan kerajaan, jumpa dengan (Ahli Parlimen) PH, tapi tak semua Ahli Parlimen UMNO setuju,” katanya pada Ceramah Perdana PRU-15 di Markas PAS Pokok Sena, Kedah, semalam (1 November 2022).

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tindakan UMNO itu dilihat sebenarnya bukan mahu membantu menyelesaikan masalah rakyat, tetapi mahu menyelesaikan masalah dihadapi pemimpin tertentu yang mempunyai kes mahkamah.

Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada PRU-15 ini berkata perpaduan ummah bukan meliputi UMNO dan PAS sahaja, sebaliknya melibatkan semua pihak termasuk Bersatu dan Gerakan.

“Mereka terus desak supaya PAS dengan Umno, PAS dengan Umno. Perpaduan ni bukan PAS dengan Umno, perpaduan Islam ni, semualah. Bukan PAS dengan Umno saja. Sampai peringkat, saya tak mahu nak dedah banyak-banyaklah.

“Banyak rahsia-rahsia di sebaliknya, nak selamatkan diri, bukan nak selamatkan negara, nak selamatkan agama, nak selamatkan umat. Nak selamatkan diri masing-masing, ini satu cara yang salah, yang tak betul.

“Yang terakhir selepas Parlimen dibubarkan, mereka ajak jumpa. Maka saya dan Timbalan Presiden (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) pergi berjumpa, mereka letak syarat PAS boleh bersama UMNO sekiranya kita putuskan hubungan bersama parti lain terutama Bersatu.

“Minta PAS buat keputusan segera, mereka perintah (arah) kita. Kemudian cakap pula beberapa kerusi PAS di Kelantan, Terengganu dan Pahang minta diberi kepada UMNO. Mereka cuba jadi tukang atur kita.

“Disebabkan itu kita pilih PN bukan Muafakat Nasional (MN) kerana dalam UMNO masih ada yang keruh, yang rasuah, yang masih dibicara. Kita tahu ada yang bersih dalam UMNO, tapi mereka dicantas tak jadi calon, yang penyangak jadi calon,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Hadi menegaskan, PAS tidak dapat melakukan kerjasama dan berkawan bersama parti bermasalah membuatkannya memilih PN sebagai gabungan pada PRU-15.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
8 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok