UMNO Kelantan sasar tanding banyak kerusi, yakin tapau bersih

August 31, 2022 · Politik

UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kawasan mana yang akan ditandingi parti itu, lapor Bernama.

“Tidak perlulah saya sebutkan, malah kalau ada yang di luar sana kata bahawa UMNO Kelantan bercita-cita besar, sememangnya dalam pertempuran kita perlu bercita-cita besar, insya-Allah kita akan memperoleh sasaran (menang kerusi ditandingi) berkenaan.

“Untuk kerusi Parlimen pula tidak mustahil untuk kita letak sasaran itu memandangkan pada PRU-11 iaitu tahun 2004, kita pernah memperoleh kemenangan sembilan kerusi Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera PRU15 Veteran UMNO Kelantan dan Perasmian Keluargaku Pengundi Barisan Nasional (BN) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lubok Jong, Rantau Panjang, dekat sini hari ini.

Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pihaknya kini giat meneliti dan membuat kajian untuk menentukan senarai calon yang bakal bertanding pada PRU15 sebelum diserahkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kalau boleh kita mahu mengetengahkan seramai mungkin muka baharu serta tidak meminggirkan kepimpinan yang ada dan muka lama kerana kombinasi ini amat penting,” katanya.

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi DUN. Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lapan kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
19 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
20 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
22 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
8 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
10 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
10 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok