UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15

August 15, 2022 · Politik

UMNO Kedah menegaskan parti itu menolak pelawaan PAS untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun mengetahui parti Islam itu cukup hebat di negeri itu.

Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata penolakan itu bukan bermakna UMNO sombong atau tidak sukakan penyatuan, sebaliknya ia mempunyai asas yang jelas dan konsisten.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, penyatuan harus mempunyai niat dan sebab yang baik dan bukan semata-mata kerana hendak kekal berkuasa atau mahu menang lebih banyak kerusi.

“Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Demikianlah cara orang lama dulu-dulu berbahasa dalam menolak dan mengetepikan sebarang sangkaan bahawa kita terkinja-kinja berkehendakan orang.

“Dalam dunia ini, memang wujud pihak-pihak yang merasakan mereka terlalu elok, terlalu besar, terlalu dimahukan sehingga menganggap semua orang mahu bersama mereka.

“Saya ingin menggunakan ungkapan yang sama untuk menjawab ‘pelawaan’ PAS Kedah agar UMNO ‘menumpang’ kekuatan parti tersebut dalam PRU akan datang. Terima kasih, tetapi kami tidak berminat.

“Kami tidak mahu ‘berkasih sayang’ hanya kerana ada kepentingan tertentu yang hendak dicapai. Itu tidak ikhlas namanya,” katanya yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Shaiful Hazizy UMNO Kedah tidak mahu berdolak-dalih sebaliknya menegaskan bahawa parti itu memang berhasrat untuk kembali berkuasa dan memerintah semula Kedah.

Beliau berkata sepanjang tahun di Kedah, UMNO dikecam, dipersalahkan dengan pelbagai perkara, termasuk disamakan seperti ‘itik patah kaki’ dan ‘harimau kena tembak’.

“Menteri Besar Kedah dan Pengarah Pilihan Raya PAS sudah membuat penegasan. PAS kuat di Kedah. Kita tahu, PAS adalah parti yang baik, dipenuhi ulama dan golongan terpelajar. Semua pintar, semuanya hebat.

“Jadi, sebagai ‘itik patah kaki’, ‘harimau kena tembak’ dan segala jenis lagi gelaran dan panggilan PAS kepada UMNO, UMNO percaya kita bukan rakan kongsi yang baik dan secocok kepada PAS yang hebat.

“Tanpa UMNO pun, bukankah PAS sudah mengisytiharkan kemenangan 22 kerusi? Jadi, kami kalungkan ucapan tahniah dan selamat bekerja kami ucapkan,” katanya lagi.

Shaiful Hazizy berkata apa yang pasti ialah UMNO akan turun ke medan PRU-15 dengan semangat, iltizam dan perancangan masa depan yang baik untuk Kedah, bukan sekadar untuk menjadi pengeksport ketum sahaja.

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
1 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
4 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
12 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
12 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
September 28, 2022
Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin
September 27, 2022
Lagi Politik terkini
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
1 jam lalu · Politik
Kenyataan Muhyiddin disalah tafsir, kata Ketua Sayap Bersekutu Bersatu
4 jam lalu · Politik
Hubungan Armada, Pemuda PAS kekal akrab, kata Wan Fayhsal
20 jam lalu · Politik
PH dukung ideologi berhaluan kiri, kata penganalisis: Laporan
20 jam lalu · Politik
PAS ranapkan PH jika ada RM90 juta dalam tabung, kata Hadi Awang
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
16 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok