UMNO Kedah meroyan selepas dibidas Sanusi, tapi tak berani umum bubar MN

February 13, 2022 · Politik

Susulan kritikan pedas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, pemimpin UMNO negeri tersebut meroyan dan hilang sabar dengan Menteri Besar Kedah tersebut.

Beberapa pemimpin UMNO Kedah membalas balik kecaman terhadap Sanusi namun setakat ini masih tidak berani mengumumkan untuk menamatkan kerjasama yang terjalin dalam Muafakat Nasional (MN) seperti yang dilakukan beberapa negeri lain.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Hashim Jahaya tidak berpuas hati dengan kenyataan Sanusi semasa pelancaran jentera Perikatan Nasional (PN) di Batu Pahat semalam.

“Tohmahan Muhammad Sanusi itu bagaikan alasan untuk mencari helah meruntuhkan MN dan bukan memperkukuhkannya. Kenyataan itu juga mungkin bertujuan mengaburi mata penyokong Pas di Johor yang khabarnya lebih sayangkan ukhuwah MN.

“Setelah mengeratkan silaturrahim bersama UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, sudah tentu ramai penyokong Pas yang keliru apabila Muhammad Sanusi mengajar untuk berkelahi dengan UMNO dan BN, lalu menyeru mereka menyokong Bersatu yang menipu mereka hidup-hidup dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri pula berkata jika Sanusi berani beliau perlu mengumumkan untuk menamatkan kerjasama dalam MN.

“Jika benar beliau bermaruah dan anak jantan, sila umum tamatkan MN dan bubar DUN Kedah dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan juga.

Bagaimanapun tidak difahami mengapa UMNO Kedah mencabar Sanusi untuk mengumumkan menamatkan kerjasama MN walhal sebelum ini di Kelantan dan Terengganu, mereka boleh dengan sendirinya mengumumkan menamatkan kerjasama dalam MN.

Namun, sekiranya UMNO menarik sokongan sekali pun terhadap kerajaan dipimpin Sanusi, ia tidak akan menumbangkan kerajaan negeri seperti yang berlaku di Melaka dan Johor.

PAS mempunyai 15 kerusi dan disokong oleh Bersatu yang memiliki enam kerusi menjadikan jumlah wakil rakyat di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah seramai 21 orang.

Sementara itu, UMNO kini memiliki dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dan secara teknikal tidak mampu menumbangkan kerajaan negeri yang hanya memerlukan 19 kerusi untuk membentuk majoriti mudah.

Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor malam tadi, Sanusi berkata, terdapat satu formula mudah untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya iaitu dengan memastikan UMNO mendapat kerusi yang sedikit, hingga tidak mampu menumbangkan kerajaan walaupun mereka menarik diri.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu berkata sekiranya banyak kerusi yang dimenangi UMNO maka negara dan pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi tidak stabil kerana mereka sibuk berebut kuasa dan boleh sesuka hati mengadakan pilihan raya seperti yang berlaku di Melaka dan Johor tanpa mengambilkira kesusahan rakyat.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok