UMNO Johor yakin Ismail Sabri patuh keputusan parti tak sambung MoU

July 24, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan patuh dengan keputusan UMNO untuk tidak menyambung Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan tiada lagi faedah untuk Ismail Sabri meneruskan MoU dengan pembangkang tersebut apabila parti sudah membuat pendirian supaya menamatkannya pada 31 Julai nanti.

“Tujuan MoU itu adalah untuk membentuk persefahaman antara kerajaan dan semua ahli Parlimen. Namun MoU kedua ini tidak perlu dilihat sebagai syarat untuk membentuk satu kestabilan dalam kerajaan.

“Saya tidak nampak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi gesaan UMNO agar MoU berkenaan tidak disambung. Justeru, UMNO Johor senada dengan UMNO Pusat, MoU terbabit tidak perlu disambung,” katanya dipetik laporan media.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Benut itu turut meminta agar semua pihak berhenti ‘bermain’ politik dan tidak membangkitkan berhubung isu untuk menyambung MoU tersebut.

“Saya rasa cukup bermain politik kerana sudah sampai masanya untuk bekerja kukuhkan semula ekonomi negara kita.

“Mana-mana pihak yang menuntut agar MoU antara kerajaan dan PH ini disambung ia adalah perkara yang tidak perlu dibangkitkan,” katanya.

Terdahulu, UMNO sudah membuat ketetapan dan meminta Ismail Sabri supaya tidak menyambung MoU dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini.

Malah, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkali-kali sudah memberi isyarat kepada Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga hari ini masih belum ada perbincangan antara lima pemimpin tertinggi UMNO diadakan untuk mencari tarikh PRU, ia walaupun semasa Perhimpunan Agung Khas sebelum ini ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” berunding.

Bagaimanapun baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Ismail Sabri bagi menyambung MoU 2.0.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok