UMNO ibarat pokok tua, hilang pesona dalam kalangan Melayu

May 11, 2022 · Politik

Kewujudan semakin banyak parti politik baharu menjadikan UMNO ibarat pokok yang sudah tua dan seolah-olah tidak diperlukan, selain dilihat tidak lagi secocok dengan perkembangan zaman.

Malah pada pandangan banyak pihak, UMNO kini sudah terpisah jauh daripada imaginasi generasi Malaysia fasa moden, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

“UMNO semakin senja. Jadi kita tidak lagi dilihat sebagai secocok dengan zaman. Itu pendapat orang muda-muda sekarang.

“Apatah lagi kemajuan zaman… kita ni dah terpisah jauh kan. Kita harus ataupun kita terus terperangkap dengan kegemilangan lalu yang terhasil dalam konteks dan cabaran yang jauh berbeza dengan realiti hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini sempena sambutan penubuhan UMNO ke-76.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat Hasan berkata UMNO juga dilihat sebagai parti kebangsaan yang sudah hilang pesonanya hingga tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu.

“Hilang pesona orang pada UMNO. Orang dah tak ada pun pesona kepada kita. Malah seperti yang sering saya ungkapkan dalam siri ucapan saya, UMNO telah hilang nilai sentimental dengan bangsa Melayu.

“Terutamanya anak muda. Anak muda tak ada nilai sentimental terhadap UMNO lagi. Ya. Bagi mereka apabila kita cakap UMNO parti yang memerdekakan negara… (mereka jawab) so what.

“Dulu mana pernah kita boleh terfikir bahawa orang Melayu boleh menjadi ahli DAP. Dengar DAP pun dah nak muntah dah. Tapi hari ni (Melayu) sebagai peneraju pada DAP,” katanya.

Mohamad juga mengibaratkan kewujudan banyak parti politik baharu sekarang ini sebagai ‘pokok pasang siap’ yang banyak ditanam di tepi lebuh raya dan senang tumbang kerana tidak mempunyai akar umbi.

“Itu sebab dia senang tumbang. Dia tak ada akar umbi, ditiup ke kiri, dia tumbang ke kiri, ditiup ke kanan, dia tumbang ke kanan. Umpama tumbuhan kembang dalam kolam, dia akan hanyut mengikut arus ditolak ke mana sahaja,” katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun UMNO diibaratkan sebagai pokok tua, ia bersedia dan akan terus berfungi untuk melindungi siapa sahaja.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
3 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
15 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok