UMNO hilang nilai perjuangan, ada kes mahkamah pun boleh menang tak bertanding: Noh

March 4, 2023 · Politik

Tan Sri Noh Omar menyifatkan UMNO kini sudah hilang nilai perjuangan apabila parti itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dipecat itu berkata UMNO sudah lari daripada landasan perjuangan apabila pemimpin yang ada kes mahkamah terus dapat jawatan tanpa perlu ada pertandingan, ia senario berbeza sama sekali semasa era presiden sebelum ini.

“Saya lihat zaman Tun Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) jadi presiden, mana-mana pemimpin parti bila kena dakwa automatik digantung tak kiralah Khir Toyo ke, Rahim Tamby Chik ke… automatik gantung tapi hari ni dah terbalik.

“Yang ada kes terus dapat jawatan, terus menang tak bertanding,” katanya dipetik laporan FMT.

Noh berucap semasa pada program Dialog ‘Sepentas Perjuangan Yang Hilang’ yang turut dihadiri Dr Mahathir dan bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya lagi, UMNO kini sudah tidak dihormati pegawai kerajaan kerana pemimpin sendiri yang mempunyai kes mahkamah tapi masih berkuasa dalam mengawal parti tersebut.

“Sebab itu dulu pegawai kerajaan bagi saya dia hormati UMNO, sebab dia tengok walaupun dalam Perlembagaan Umno tak sebut mana-mana pemimpin yang didakwa mesti digantung tapi kita punya amalan.

“Sebab pegawai kerajaan sudah nampak bagus UMNO ini walaupun tiada undang-undang, mana-mana pemimpin berhadapan tindakan jenayah digantung, kerana apa, kerana mana-mana pegawai kerajaan didakwa di mahkamah maka dia digantung, ditahan kerja,” katanya lagi.

Noh juga membangkitkan isu pemecatannya yang didakwa dibuat tidak mengikut proses dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertindak mengikut sesuka hatinya dalam menjatuhkan hukuman terhadap penentang dalam parti.

“Proses sekarang dah berbeza, (presiden) masuk-masuk (mesyuarat Majlis Tertinggi sebut) saya nak umum Khairy Jamaluddin dipecat, Noh digantung siapa pun tanya macam mana boleh buat keputusan. (Zahid cakap ) ini ialah (keputusan) setelah dia dapat nasihat daripada Lembaga Disiplin.

“Saya kata saya kena dipanggil Lembaga Disiplin pada hari Isnin depan, hari ini dah jatuh hukum. Mahkamah belum bersidang macam mana boleh jatuh hukum. Dia buat UMNO dah macam suka hati dia nak buat,” katanya.

Kata Noh lagi, sehinggalah ke tahap sesiapa yang mahu mencabar jawatan presiden digantung keahlian dan tidak boleh bertanding.

“Tetapi hari ini UMNO dah hilang perjuangannya, bagaimana nak memimpin negara? Kalau nak memimpin negara dulu kita (UMNO) dominan, sekarang melukut di tepi gantang. Kita dah jadi ‘third division’,” katanya lagi.

Noh antara mangsa dalam pembersihan UMNO yang digerakkan Zahid yang turut memecat bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok