UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan

July 6, 2022 · Politik

UMNO mempunyai pilihan undang-undang jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonannya untuk meminda perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum (PRU), kata dua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Datuk Puad Zarkashi berkata beliau akan mencadangkan parti itu mendapatkan semakan kehakiman jika pengawal selia persatuan menolak permohonan UMNO, lapor The Star hari ini.

“Saya akan mencadangkan kepada Ibu Pejabat UMNO untuk memohon semakan kehakiman selepas RoS menghantar surat penolakan secara hitam putih kepada UMNO,” katanya dipetik berkata.

Speaker DUN Johor menambah bahawa terdapat kes duluan mahkamah yang memihak kepada UMNO, sambil memetik kes parti MUDA, yang menyaman RoS kerana berulang kali menolak permohonan pendaftarannya dan menang.

“Tetapi saya percaya RoS akan memainkan taktik penangguhan untuk mengelakkan semakan kehakiman,” kata Puad.

Seorang lagi, ahli MT UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii senada dengan Puad.

“Jika RoS tidak membuat keputusan dan jika keputusan itu tidak memihak kepada UMNO, kami mempunyai jalan lain untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya. Kami mungkin membawa RoS ke mahkamah,” katanya menurut laporan itu.

Razlan dilaporkan berkata pengawal selia pertubuhan itu menangguhkan permohonan UMNO, kerana agensi berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, yang menterinya ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya tidak akan menolaknya kerana kita telah melihat keputusan yang dibuat oleh RoS yang berakhir di mahkamah seperti MUDA, di mana mereka menang dan RoS terpaksa akur dengan keputusan mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO berkata pihaknya berharap untuk mendengar keputusan RoS sebelum tempoh 60 hari berakhir pada 16 Julai.

Untuk rekod, RoS mengambil masa lebih setahun untuk memberikan kelulusan kepada MCA meminda perlembagaannya.

MCA menyerahkan kertas kerjanya pada Disember 2019. Pindaan perlembagaannya hanya diluluskan RoS pada Mac tahun ini.

Pada Jun tahun lalu, UMNO dibenarkan menangguhkan pengundiannya selama 18 bulan sehingga 29 Disember tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Sementara, pada 15 Mei pula, Perhimpunan Agung Khas UMNO melibatkan 2,586 perwakilan dari 192 bahagian sebulat suara meluluskan resolusi untuk meminda Perlembagaan parti dengan RoS mesti meluluskan pindaan itu.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah sedemikian akan membantu parti itu mengelak perpecahan yang sering menyusul pemilihan parti dan akan membantu ia menumpukan pada memenangi kuasa persekutuan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
57 minit lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok