UMNO hanya setuju pembahagian kerusi dengan PAS, kata Mat Hasan

September 3, 2021 · Politik

Persetujuan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya dicapai dengan PAS dan sudah mencapai 70 peratus menerusi beberapa mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang diadakan sebelum ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi persefahaman itu, mana-mana parti memenangi sesuatu kerusi sebelum ini akan kekal bertanding di kawasan berkenaan pada PRU15.

“Memang setiap kali bermesyuarat, kita bincang berkenaan persiapan menghadapi PRU15, di peringkat MN, kita juga ada jawatankuasa pembahagian kerusi. UMNO dan PAS mesyuarat banyak kali, persefahaman hampir 70 peratus dicapai, seperti saya katakan kerusi yang kita menang, kita punya, kerusi PAS menang, adalah PAS punya.

“Formula masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula dipersetujui,” katanya dipetik Bernama selepas Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Udangan Negeri Ke-14 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata mesyuarat MN seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat selepas beberapa kali ia ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu Mohamad berkata tiada sebarang isu berbangkit berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai barisan Kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Beliau berkata tanggungjawab sebagai menteri dalam situasi negara berdepan dengan pandemik Covid-19 bukan satu tugas mudah dan beliau akan terus menyokong kerajaan semasa ini.

“Saya ucapkan selamat menjalankan tugas, keutamaan sekarang adalah terus berkerja dalam menangani krisis pandemik Covid-19, ekonomi, tiada masa untuk berlengah lagi.

“Saya harap menteri-menteri yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Banyak hikmah tiada dalam kabinet ini, bukan senang untuk menjadi menteri dalam situasi krisis ini. Saya selaku orang nombor dua dalam parti, akan mendukung kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
17 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
17 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
22 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok