UMNO gila kuasa hingga sanggup putuskan perpaduan ummah: Hadi

November 4, 2022 · Politik

Rakyat, khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini, perlu menolak pemimpin gila kuasa yang sanggup mengetepikan perpaduan dalam kalangan ummah.

Keadaan itu berlaku di dalam UMNO sendiri apabila parti itu hanya sanggup bekerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN), dengan menolak Bersatu, selain mengenakan syarat yang dilihat memutuskan hubungan sesama ummah.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata disebabkan itu PAS membuat keputusan memilih Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Bersatu.

“PAS memilih PN, bukannya MN kerana adanya mereka yang gila kuasa dalam UMNO sehingga sanggup menghancurkan penyatuan yang telah dibina.

“Golongan seperti ini harus ditolak dalam PRU-15,” kata Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN dalam satu kenyataan di Facebook beliau, hari ini (4 November 2022).

Abdul Hadi menceritakan semula peristiwa pertemuan beliau dan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan, di sebuah hotel.

“Selepas Parlimen dibubarkan, diajak kami jumpa… Dia ajak nak jumpa kami, PAS. Dia siar dalam media, PAS nak minta jumpa dia. Takpelah… kalau PAS nak menghadap dia.

“Padahal, dia minta nak jumpa kita. Kita bersedia. Jumpa di hotel. Saya dengan timbalan presiden (Tuan Ibrahim), UMNO (Zahid) dengan timbalan presiden (Mohamad).

“Lalu dia beri syarat. PAS boleh bersama dengan UMNO, hanya sekiranya PAS terima UMNO sahaja. Putus dengan parti-parti lain khususnya parti Bersatu. Kami (UMNO) beri tempoh sehingga hari Jumaat. Jumpa hari Rabu.

“Jam 12 malam hari Jumaat, PAS mesti buat keputusan. Kalau tak bjuat keputusan, takde kerjasama dengan PAS. Dia boleh perintah kita,” katanya.

Syarat memutuskan hubungan itu dijelaskan sendiri oleh Zahid dalam kenyataan pada 2 Oktober lalu iaitu:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN);
  • PAS mesti memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • PAS mesti mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ (putus hubungan) dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata dalam pertemuan itu Zahid juga mengatur kerusi-kerusi yang perlu ditandingi PAS, termasuk memindahkan kerusi calon bertanding pada pilihan raya.

“Kerusi PAS di Pasir Putih, Kelantan bagi kat dia. Kemudian, wakil rakyat Kubang Kerian balik Jerantut. Tukar situ, tukar sini. Dia tukar atur kerusi kita pulak.

“Akhirnya, kami buat keputusan, PN bukan MN,” kata Abdul Hadi yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada PRU-15, 19 November ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
57 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok