UMNO gantung keahlian Timbalan KM Sabah enam tahun

March 19, 2023 · Politik

Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Shahelmey Yahya sudah menjangkakan keahlian beliau di dalam UMNO akan digantung, sekali gus keputusan itu melerai apa yang menjadi tanda tanya selama ini.

Ahli Parlimen Putatan itu bagaimanapun berkata beliau tidak terkilan dengan pengumuman itu dan masih kekal dengan pendiriannya sebelum ini yang memberi sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan keahlian Shahelmey digantung selama enam tahun.

“Baiklah, dia (Shahelmey) digantung enam tahun, baiklah, terima kasih,” kata Bung Moktar kepada pemberita tanpa mengulas lanjut ketika ditemui pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan.

Mengulas lanjut, Shahelmey, dalam satu kenyataan ringkas berkata beliau masih belum menerima s., sambil menambah bahawa beliau telah menjangkakan keputusan itu.

Pada 6 Januari lalu, Bung Moktar mengumumkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri, dalam ‘Langkah Kinabalu’ yang gagal.

Shahelmey dan empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO ketika itu berikrar menyokong Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada 21 Februari lalu, lima ADUN UMNO Sabah iaitu Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); dan Datuk [email protected] Awang (Balung) mengumumkan keluar parti.

Pada 25 Februari lalu, Shahelmey yang juga ADUN Tanjung Keramat berkata beliau dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk menyatakan alasan terhadap pertuduhan yang telah dinyatakan.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan selepas menang tanpa bertanding kali ini berkata tindakan ADUN, pemimpin dan ahli UMNO Sabah itu keluar parti tidak akan menjejaskan parti.

Ditanya mengenai tindakan pemimpin menyertai Gagasan Rakyat yang diketuai Hajiji, Bung Moktar berkata tindakan mereka sama seperti era pentadbiran Berjaya yang kini tidak berfungsi sejak pertengahan 1970-an hingga 1980-an dan menjangkakan Gagasan Rakyat tidak akan bertahan lama.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
24 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
14 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
17 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok